Followers

10 January 2014

Amerika membeku?

Amerika membeku?

ONTARIO, Kanada - Beberapa keping gambar berjaya dirakamkan yang menunjukkan Air Terjun Niagara membeku akibat cuaca sejuk melampau kelmarin.

Cuaca sejuk yang melampau itu telah menjejaskan kehidupan 240 juta penduduk di Amerika Syarikat (AS) dan selatan Kanada.








Sebelum kedinginan membeku ...  menjadi tarikan pelancong seluruh dunia  ...



Aku tak dapat nak bayangkan akan 'kesejukan melampau' itu. Pasang aircond dalam kereta waktu pagipun badan dah menggigil semacam je. Inikan pula suhu yang mencecah angka  -27 darjah celcius yang ternyata lebih dingin dari antartika.


Oleh itu, bersyukurlah kita kerana berada di bumi Malaysia ini ... 


5 comments:

Unknown said...

A'kum Rashid

Betulkah khutub akan beralih arah?
Ini minta pandangan dari seorang guru.

Bang Azrin said...

Oleh itu, bersyukurlah kita kerana berada di bumi Malaysia ini ... <---- jangan riak dan berlagak...

Rashid said...

Wassalam ..

Kalau baca berita dan situasi yang berlaku kat negara luar tu rasanya ada juga benarnya. Dilaporkan oleh para saintis, telah berlaku anjakan kutub bumi yang menyebabkan jajaran kompas dan arah utara sebenar yang semakin berbeza dari sebelum ini. Misalnya arah panduan beberapa landasan kapal terbang dikatakan tidak lagi tepat berbanding sebelum ini. Ia berubah. Kapal terbang di Florida dilaporkan telah mengubah tanda arah pada kedudukan yang baru.

Seminggu inipun ada berita keluar kat akhbar, di mana mengikut saintis, telah berlaku perubahan magnet pada kerak bumi. Ia berlaku ngan pantas. Apa yang kita takut, jika ini benar, permukaan bumi pasti akan berubah. Ada kawasan yang tenggelam dan ada kawasan yang timbul. Dengan kata lain, akan ada tempat yang akan mengalami banjir, ada juga yang akan berubah menjadi padang pasir.

Dikatakan juga Amerika selatan khususnya Brazil mungkin akan menjadi Kutub Utara manakala India akan menjadi Kutub Selatan.
Kesan pergerakan air ini akan menyebabkan ‘mega tsunami’ pada sesetengah tempat. kata saintis, jika ini berlaku, peta dunia akan berubah. India dan Australia Barat akan tenggelam terus … Tak taulah kajian dorang ni ..

… dan akhirnya bila medan magnet yang melindungi bumi semakin lemah … dunia pasti terima kesan kerosakan yang hebat… gempa bumi sana sini, letusan gunung berapi, banjir, tsunami dan ribut taufan yang amat dasyat .. wallahualam ..

Semua ini rasanya tak mustahil boleh berlaku. Kat negara kitapun cuaca tak menentu sekarang ini …
Moga kita semua melihat perubahan fenomena alam ini dari sudut yang positif .. dapat memberikan keinsafan bahawa hidup ini sementara cuma. Kita hanya seorang musafir tak kira betapa hebat dan gahnya kita .. akhirnya akan dan pasti kembali padaNya jua.

Rashid said...

Bang Azrin ..

yup!! siapalah kita ni kan .. insan yang sangat kecik di depanNya ..

LadyBird said...

salam cikgu :D



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search