Keadaan Yarmuk kini ..
Di
beberapa sudut kem penduduk, tentara Assad menggantung roti untuk memancing
warga yang kelaparan. Siapa yang mendekatinya akan ditembak .. kejamnya
manusia ..
“Seorang
lelaki yang membunuh seekor anjing tidak menemui daging untuk dimakan pada
badan anjing itu kerana anjing itu juga sedang kelaparan,” kata Ali, salah
seorang penduduk Yarmuk, juga bekas student Universiti.
“Situasi
agak mendesak apabila wanita menjual tubuh kepada lelaki yang menyimpan makanan
“ katanya lagi.
Dua tiga
kali kenyataan dan petikan dari berita Harian hari ini aku renungi .. begitulah nasib lebih kurang 20,000
orang pelarian di Kem Palestin Yarmuk di Damsyik. Mereka sedang kebuluran.
Ramai penduduknya dilaporkan terpaksa memakan kucing, anjing dan juga keldai
kerana kelaparan.
Kita di
bumi Malaysia ini …
p/s – Petang tadi aku hadir ke Majlis Kenduri perkahwinan
seorang anak saudara seorang kawan. Aku renungi juadah yang terhidang …
3 comments:
betul, mereka makan untuk hidup tapi
kita disini hidup untuk makan, makan dan makan...
sehingga kan kadang tidak tahu apa yang hendak di makan bukan kerana tiada makanan tetapi terlampau banyak pilihan
alangkah rugi nya jika tidak bersyukur...
ampuni lah Ya Allah...
salam. lama x singgah sini. sedih tgok sesama umat Islam berperang krna gilakan kuasa...
sebaknye tgk suasana kat yarmuk tu. Tapi amerika takde pulak nak hantar misi keamanan ke nak campur tangan ke apa.
Post a Comment