Hari
rabu – aku hadir program Icon Live Up The Dream di sebuah sekolah. Program ini
adalah program anjuran Bank Rakyat. Ustaz Don Daniyal Don Biyajid atau lebih
dikenali sebagai Ustaz Don menjadi pilihan sebagai icon Bank Rakyat.
Sebaik
memasuki dewan, aku tercari juga yang mana satu Ustaz Don. Maklumlah tak pernah aku berdepan secara langsung dengannya. Sebelum ni sekadar tengok kat TV je.
Aku cuba tengok yang mana ada pakai jubah dan selendang atas bahu. Tak adapun. Tiba-tiba aku disapa oleh seorang ustaz yang mempelawa aku duduk kat barisan depan. Aku terus bertanya padanya.
Aku cuba tengok yang mana ada pakai jubah dan selendang atas bahu. Tak adapun. Tiba-tiba aku disapa oleh seorang ustaz yang mempelawa aku duduk kat barisan depan. Aku terus bertanya padanya.
“Ustaz Don belum sampai lagike?”
“Dah ... tu kat depan. Hari ini dia sempoi
saja. Pakaian simple” ujarnya.
“iyake? Yang mana satu … ooooo tu dia” aku
baru perasan. Dia sedang duduk di kerusi barisan depan. Ada beberapa orang pelajar sedang
duduk bergambar dengannya. Aku tak sangka ustaz Don hari ini berpakaian agak
simple. Tak ada jubah, tak ada selendang kat bahu. Hehe ..
Memang
aku tabik kat Ustaz Don. Walaupun para hadirin belum penuh dewan, tetapi beliau
dahpun sampai tepat pada masanya. Sepanjang forum, aku lihat Ustaz Don begitu
bersemangat sekali. Beliau begitu fokus, dengan gaya tersendiri terus memberi
perangsang dan semangat kepada para pelajar. Beliau menjiwai remaja. Jadi aku tengok semua
pelajar dan juga guru begitu asyik dan memberi perhatian apa yang dikatakannya.
Melihat gayanya, aku terus membuat kesimpulan - kaedah pedagogi Ustaz Don memang hebat. Aku juga terfikir yang ustaz Don memang sengaja berpakaian begitu. Pakai T-Shirt hitam berkolar, dan berseluar panjang, dengan kaki seluarnya agak ketat sikit. Macam seluar yang pelakon Korea selalu pakai. Sebabnya hanya satu - sasaran para hadirin adalah para pelajar sekolah menengah. Jadi dia cuba sesuai dengan situasi para hadirin.
Oh ya .. ustaz Don kan juga seorang pensyarah. Jadi dia memang sudah terlatih ...
Beliau
melahirkan kebimbangan akan keadaan semasa remaja di negara ini sekarang. Menurut Ustaz Don, pada tahun 2016 saja, seramai
528,000.00 anak luar nikah telah dilahirkan. Beliau meminta agar pelajar tidak
mudah terjebak dengan perkara yang tidak elok. Jaga pergaulan. Jaga kehormatan
diri. Jangan mudah terjebak dengan cinta. Di alam persekolahan, fokus dan
tetapkan matlamat untuk menjadi insan yang berjaya dan cemerlang.
Aku
terkesan dengan falsafah yang dipegangnya. Sebelum itu beliau memohon maaf jika
falsafahnya bertentangan dengan situasi dan pegangan sekolah.
Sempat aku petik falsafah yang menjadi pegangannya:
“Jadilah
orang yang cemerlang. Bukan orang yang mengejar kecemerlangan. Sebab jika kamu
kejar kecemerlangan, kamu akan tipu dan tindas orang …”
“Jadilah orang yang berjaya. Bukan orang yang
mengejar kejayaan. Sebab jika kamu kejar kejayaan, kamu akan tipu dan tindas
orang …”
Bila aku hayati kata-kata ini, aku akui akan kebenarannya.
Bagi
aku, ustaz Don memang terbaik!! Gaya dan penampilannya begitu simple ...
2 comments:
Pernah tak tengok dia pakai Gaya rock? Lagilahhh
Lama tak bersua, seronok membaca nukilan cgu...
Post a Comment