Pagi
– Masa relief, aku berjalan perlahan menghampiri kelas 1A3. Tiba-tiba terasa
pula nak tau apa yang pelajar kelas pertengahan ini biasa buat semasa ketiadaan guru.
Sebaik
tiba di kelas ini, aku intainya melalui jendela kelas. “Apa agaknya pelajar ini
sedang buat?”
Wah! Tak sangka. Aku perhatikan sebahagian besar pelajar kelas tersebut sedang buat kerja. Ada yang sedang menulis, menyiapkan tugasan – buat nota dan latihan agaknya. Ada yang tekun membaca. Ada juga yang melukis.
Wah! Tak sangka. Aku perhatikan sebahagian besar pelajar kelas tersebut sedang buat kerja. Ada yang sedang menulis, menyiapkan tugasan – buat nota dan latihan agaknya. Ada yang tekun membaca. Ada juga yang melukis.
Aku
masuk ke dalam kelas. Semua pelajar terus berdiri. Beri salam.
Sebaik
saja membalas salam, aku terus menghampiri pelajar yang berada di barisan
depan. Aku tengok mereka terus
sembunyikan buku yang sedang mereka baca tadi. Terasa nak tau pula aku,
mengapa mereka cuba sembunyikan buku tersebut.
Aku
perhatikan, bukan pelajar di barisan depan saja, ada 5 dan 6 orang lagi pelajar
di barisan belakang turut sembunyikan buku.
“Mengapa
sembunyikan buku daripada cikgu?. Tunjukkan buku tuu, cikgu nak tengok. Buku
apa yang kamu tengah baca?”
Aku
lihat semua pelajar memerhatikan aku dan kemudian saling memandang antara satu
sama lain.
“Tunjukkan
buku yang kamu masukkan dalam laci tadi. Cikgu tengok macam menarik je buku
yang kamu baca”
Dalam
keadaan teragak-agak, seorang pelajar perempuan di barisan hadapan kelas,
mengeluarkan buku dari dalam laci meja, diberikan kepada aku. Rupanya novel.
Aku
terus tatapi judul novel tersebut. Perhati dengan penuh minat sambil baca sinopsis
di bahagian belakang novel.
“Wah!!
Menarik novel yang kamu baca ni. Bila cikgu baca sinopsis, cikgu boleh agak novel
ni bagus. Sedap jalan cerita dia …”
Pelajar
di kelas itu masih lagi diam.
“Kelas!! Dengar sini ... cikgu bangga dengan
kawan kamu ni. Dia baca novel. Tebal pula ni. Cikgu tak sangka, rupanya pelajar
kelas ni rajin membaca.”
“Bagus!!
Kalau ginilah kamu amalkan masa relief, Walaupun cikgu tak ada, tapi kamu tak
buang masa. Kamu buat kerja, kamu siapkan latihan, siapkan nota. Kamu baca
buku. Baca novel .. cikgu percaya kamu akan jadi pelajar yang hebat suatu hari
nanti”
“Cikgu
teringat, masa cikgu sebaya dengan kamu. Masa cikgu di sekolah menengah dulupun,
cikgu juga suka baca novel. Baca novel ni bagus. Ia boleh memperkayakan kita.
Kita akan kaya dengan kosa kata. Kita akan mudah untuk buat ayat. Mudah untuk
buat karangan. Kita juga akan mudah
untuk berbahasa … “
Sebaik
saja aku bercakap, memuji pelajar yang membaca novel tersebut. Aku perhatikan,
pelajar yang sembunyikan buku tadi semuanya keluarkan balik buku yang
disembunyikan dari aku tadi. Bila aku dekati mereka dan memegang buku tersebut … kebanyakannya adalah novel cinta. Antaranya
novel Tika Cinta Berpaling, Percaya Ada
Cinta, Siapa Di Hatimu, Antara Dendam Dengan Perjuangan …
Aku
sekadar tersenyum …
No comments:
Post a Comment