Antara berita utama mymetro hari ini – Budak 13 tahun
ditangkap khalwat.
Budak 13 tahun maknanya kalau masih bersekolah dia sedang
belajar di tingkatan satu. Budak 13 tahun maknanya budak itu baru abis sekolah
rendah. Baru tamat darjah enam. Budak 13 tahun yang baru abis darjah enam itu
sudahpun ditangkap kerana berkhalwat. Budak itu ditangkap berkhalwat atau bersekedudukan
dengan seorang gadis berumur 20 tahun di sebuah hotel bajet di ibu negara.
Mereka ditangkap oleh Penguatkuasa Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI). Mereka mengaku tidur bersama ...
Baca berita ini buatkan aku teringat … Januari 2013 …
Sedang aku berjalan menuju kelas, aku disapa oleh seorang
guru perempuan. Guru itu sedang memberi tugasan kepada pelajar-pelajarnya
(pelajar tingkatan 2).
Kisah benar 1
“Cikgu rashid, susah le budak-budak ni” keluhnya.
“Kenapa dengan kelas ni?”
“Budak-budak ni ... Dorang ni tak bagi perhatian le. Suka
mengelamun. Ini mungkin sebab duk terpengaruh dengan video dan gambar-gambar
lucah.” ujar guru perempuan itu lagi.
“Iyake. Macamana cikgu dapat tahu? Pelajar lelaki ke?”
“Cikgu ... Sama je pelajar lelaki dengan pelajar perempuan.
Baru-baru ni saya sempat tangkap. Dorang bawa handphone. Dalam handphone ada
macam-macam .. video lucah .. gambar porno ..” ujar guru perempuan itu.
Kisah benar 2
Aku didatangi seorang guru perempuan. Datang ke bilik aku
berbincang mengenai tugasan kerja. Dalam duk berbincang tu ada jugale menyentuh
mengenai kelas dan pelajar-pelajar.
Mengenai tahap prestasi akademik dan juga disiplin pelajar.
“Cikgu rashid, budak-budak tingkatan dua sekarang ni dah
pandai tengok .. video lucah ..” ujarnya.
“hmm hmm .. kelas mana?”
“Kelas … Mereka bawa handphone. Saya sempat rampasnya.
Bila saya tanya, mereka mengaku mereka memang tengok video lucah .. mereka ambil
dari internet.”
Aku sekadar menggeleng-geleng kepala ..
Berita dan dua kisah ini adalah antara kisah dari
kisah-kisah benar. Ia buatkan aku berfikir. Gejala ‘racun perosak’ ini bisa
buatkan pelajar, baik pelajar lelaki mahupun perempuan yang masih belajar
di peringkat menengah rendah akan mudah hilang pertimbangan dan kewarasan berfikir. Mereka masih muda. Fikiran masih fresh. Mudah hanyut dengan nafsu kejantinaan. Bisa buatkan mereka malas belajar, suka
mengelamun dan kosong fikiran ilmunya.
Macamana le agaknya langkah terbaik nak kawal ‘racun perosak’ ini?

