Followers

Showing posts with label pengurusan harta. Show all posts
Showing posts with label pengurusan harta. Show all posts

11 November 2012

Akhirnya dia menjadi milikku ..



Lagu Ainan Tasneem 'aku suka dia' best je dengar .. berbakat pelajar UMP ni ..


Mimpi jadi kenyataan. Akhirnya dia menjadi milikku ..

Mimpi itu indah. Semua orang suka bermimpi sesuatu yang indah. Begitu juga dengan aku.  Sejak awal tahun lepas, aku asyik teringatkan dia. Asyik ‘mimpikan’ dia. Gara-gara selalu sangat fikirkan dia, aku pernah keluarkan entri mengenainya., “Sejak menjak ini aku asyik mimpikan dia …”

Aku punya cara, aku suka melakar mimpi yang aku suka di atas kertas …melakar dan merenunginya ...

Dan kini … insyaAllah mimpiku akan jadi kenyataan. Aku akan memiliki dirinya tak lama lagi.










Sekejap je rasa ... 









Oh ya, sepanjang tahun ini, gara-gara asyik duk pergi tengok dialah, aku jarang update blog  .. hehe

Apabila secara rasmi dia menjadi ‘hak milikku’, aku akan hiasi dia. Aku nak dia bergaya ‘simple tapi moden’. Alamak!! duit lagi tuuu.  Adoiii .. tapi takper janji dia nampak tenang dan mendamaikan hati .. kan kan .. 

p/s - sedang duk merancang .. tingkat bawah nak bagi sewa je. Sesiapa blogger nak buka restoran ke apa ke boleh le sms saya. hehe (siap pun belum mandai je cikgu rashid ni ...) ermm tingkat atas pula rasanya nak buat homestay le. Homestay bergaya 'simple tapi moden'.

16 March 2012

2 projek berjalan serentak .. letih aku ..

Alamak 2 minggu lebih aku tak update entri. Cepatnya masa berlalu. Rasanya baru dua tiga hari je aku tak update. Naperle cepat sangat masa berlalu? Adakah ini satu petanda dunia makin hampir …??? Dua minggu rasanya baru je 2 hari?

Maafle teman-teman blogger kesayangan semua. Sibuk sikit aku kebelakangan ini.  Tak sempat nak buat entri, juga terjah, baca dan komen kat blog teman-teman semua. Maklumlah projek sedang berjalan. Dua Projek berjalan serentak.

Projek pertama iaitu memperbesarkan ruangan bilik study ..  (bilik untuk aku study,  buat kerja-kerja sekolah, berblog, menenangkan fikiran ... )


Projek keduapun sedang berjalan .. projek aset untuk masa depan ..


 besarnya tapak besi Y12.. suka aku tengok ..

InsyaAllah aku akan cuba luangkan masa untuk jengah dan baca blog teman-teman semua. Ini kerana teman-teman blogger semua adalah kesayangan aku ..

Doakan aku berjaya ya ..

04 December 2011

Bijakkah kita dalam berhutang? Duit duit lagi ..

Minggu ini adalah minggu aku bertugas di sekolah. Selama 5 hari aku mesti berada di sekolah menguruskan sebarang urusan sekolah, bertindak mewakili pengetua sepanjang ketiadaan beliau. Sambil duk buat kerja, sempat baca beberapa majalah ‘Ringgit: Rakan Kewangan Anda’ keluaran FOMCA dan Bank Negara Malaysia. Seronok juga aku bacanya.

Antara tajuk yang aku rasa menarik ialah
1.Tahun 2011 dan Celik Wang.
2. Persiapan untuk Persaraan
3. Program Pengurusan Wang Ringgit Anda!

Umumnya menurut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), dianggarkan sepanjang tahun lepas, daripada jumlah 50,361 yang menyertai program pengurusan hutang, 74.3% menghadapi masalah menyelesaikan hutang. Kaji selidik Bank Negara Malaysia pada tahun 2010, tahap celik wang rakyat Malaysia masih rendah! Begitu juga sikap pengurusan kewangan!


Bila kita tengok dan baca, ramai antara kita yang berhutang dan menghadapi kesukaran membayar balik hutang. Sebenarnya berhutang ada baik ada buruknya. Di sini aku ingin berkongsi sedikit berkenaan ‘hutang baik’ dari apa yang aku baca, fahami dan alaminya sendiri.

Menurut pakar pengurusan kewangan, ‘hutang baik’ ialah hutang untuk memperolehi satu aliran pendapatan yang menyumbang kepada pembayaran balik hutang. Hutang yang membolehkan beban kewangan dijelaskan sepenuhnya. Tapi adakah ‘hutang baik’ ini yang telah dan akan kita buat? Atau kita hanya pandai buat ‘hutang tidak baik’ je? Hutang yang membebankan diri kita?

Secara ringkas, ‘hutang baik’ yang dicatatkan dalam majalah tersebut termasuklah membeli rumah, pendidikan anak-anak, memajukan kemahiran kerjaya, memulakan perniagaan sendiri dan membeli lot kedai untuk disewa.

Dahi kukerutkan. Aku tertarik dengan contoh yang diberi. Antaranya membeli rumah (dah) .. membeli lot kedai (insyaAllah .. bukan beli tapi nak binanya sendiri).



Kepada teman-teman ..  sedikit perkongsian ..

Nak aku tambah satu lagi berkenaan contoh ‘hutang baik’, iaitu cuba beli kebun getah. Beli yang ada hasil getahnya. Pengalaman aku sendiri. Aku telah berhutang sebanyak RM50,000.00 kat bank untuk beli kebun getah. Keluasan getahnya 7 ekar dengan harga RM70,000.00. Aku belinya pada tahun 2007 (masa itu harga kebun murah lagi).

Aku berhutang selama 10 tahun dan perlu bayar kat bank lebih kurang RM600 sebulan.  Tapi alhamdulillah apa yang berlaku, hasil jualan susu getahnya telah mampu membayar balik pinjaman (hutang) bank pada setiap bulan. Bila aku semak buku, sudah 4 tahun lebih .. aku tak payah keluarkan duit gaji untuk membayar hutang tersebut! Malah ada lebihnya lagi setelah dibahagi 2 dengan upah ‘kuli’.  Cukuplah tu .. bukannya kita yang menorehkan ..

p/s – Berapa ramai antara kita yang merenungi masa depan? Merenungi masa bersara nanti (walaupun umur kita sekarang lambat lagi nak pencen. Masih muda. nak enjoy je ..) Berapa ramai kita telah menyimpan akaun simpanan persaraan? Akaun kecemasan? Menabung paling kurang 10% daripada gaji bulanan kita?

Bijak pandai menggunakan hutang sebagai alat untuk menjana kekayaan dan membesarkan pengurusan harta benda. Bagi yang kurang bijak pandai, mereka merasakan yang hutang adalah alat untuk mendapatkan sesuatu yang mereka tiada berupaya mendapatkan melalui tabungan atau kesabaran. Sama-sama kita renungkan. (alamak! macam farit Ismeth Emir, Berita Dunia pula ..)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search