Followers

Showing posts with label the red warriors. Show all posts
Showing posts with label the red warriors. Show all posts

19 October 2012

Semangat The Red Warriors


Pagi tadi - balik dari kelas tuesyen. Dalam keadaan hujan turun renyai-renyai, aku terserempak dengan budak-budak di di tepi jalan. Mereka dengan semangatnya mengibar bendera negeri Kelantan dan Malaysia. Sambil mengibar bendera, mereka melaung-laungkan nama “Red Warriors” kepada deretan kereta yang kebanyakannya turut mengibar bendera Kelantan.



Deretan kereta sudah mula menuju KL …



Dalam tengah memandu itu, tiba-tiba aku teringat akan seorang kawan bercerita kisah muridnya beberapa hari yang lalu. Kawan aku itu juga seorang guru. Dia mengajar di sekolah rendah. Satu ketika, dia minta murid-muridnya menamakan nama-nama bendera. Kebetulan dalam kelasnya ada deretan bendera negeri-negeri. Disuruhnya murid-muridnya menamakan bendera dengan menulisnya di dalam buku latihan.

Semasa memeriksa buku latihan, ada seorang muridnya menulis nama bendera negeri-negeri dengan betul. Tapi sampai kepada bendera negeri Kelantan, bukan ditulisnya ‘KELANTAN’ sebaliknya ditulisnya ‘GOMO KELATE GOMO’ ..   hehe .. tersenyum je kawan aku semasa menyemaknya.

p/s - kuatnya pengaruh  bola sepak kelate .. 

31 October 2010

The red warriors


Wira Merah tetap di hati.

Sejarah tercipta. Dendam terbalas. Tahniah kepada pasukan Kelantan kerana berjaya kalahkan Negeri Sembilan 2-1. Tahniah kerana berjaya menjulang anugerah berprestij bola sepak negara, Piala Malaysia buat kali pertama.

TAHNIAH!!! kepada pasukan Kelantan.

Apapun Negeri Sembilan rasanya telah bermain dengan baik dan hebat sekali. Cuma Kelantan lebih hebat!!!!!!!! hehe

Jam 8.00 pagi tadi – pergi ke sekolah sekejap. Dalam perjalanan, berselisih dengan deretan kereta dan bas. Kebanyakannya memasang dan mengibarkan bendera Kelantan.  Bunyi hon kedengaran. Mungkin baru pulang dari menonton bola sepak malam tadi.

Hujan turun tak berhenti. Di tepi jalan besar, kelihatan kanak-kanak riang ria mengibar bendera Kelantan. Mereka bersorak beramai-ramai sambil kibarkan bendera Kelantan kepada kereta dan lori yang melintas di depan mereka. Macam hari raya je.  Riuh ..

Aku memandu lagi. Jumpa lagi ..


Dalam kepala aku, rakyat kelantan memang patriotik (dan fanatik?). Bangga …

>>>>>>>>
Sampai je di sekolah, nampak pelajar asrama sedang bermain bola sepak. Wah!! ramai pakai baju merah.



“hoiiii pasukan kelantan mana main pakai kaki ayam. Buat malu je…” aku melaungkan suara.

“Ni apa ni.. kain pelikat kat palang pintu gol ni. Adoiii ”  aku kuatkan lagi suara. nak tergelakpun ada.

“Cikguuuuuu jom main sama …” laung pelajar.

“Tak nak main. Hari ini hari dalam sejarah. Cuti umum. Cikgu kena cuti. Kena berehat!!!” hehe



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search