Followers

28 April 2012

Lihat ibunya .. lihat anaknya ..



Petang semalam – memandu kereta di jalan Ketereh. Sempat aku snap guna handphone kabur dan murah. hehe..

Dalam kederasan kenderaan yang bertali arus .. lihatlah si anak kecil yang masih merah berselimut didukung ibunya ..  


Gambar ini buatkan aku berfikir sekejap. Fikirkan tentang  nilai kasih sayang. Fikirkan tentang keprihatinan ibu bapa tentang soal keselamatan anak yang masih kecil ..

Terfikir juga aku tentang perlunya rasa bersyukur kerana kita masih mampu miliki kenderaan beroda empat dan berbumbung …walaupun murah ..


13 April 2012

"cikgu nak ke ilmu ular? kunci mulut ular .."


Tadi petang – sempat singgah warung kopi. Berbual dengan orang kampung Belanga. Sempat jumpa Pakcik Rahim, orang  tua yang dikatakan ‘berani’ dengan ular. Beliau sering dipanggil jika orang kampung berdepan dengan ular. Dikatakan beliau dapat mengunci mulut ular ..

“Pakcik rahim .. saya dengar pakcik ‘boleh’ dengan ular?”
“hmm hmm .. adale sikit-sikit”
“Tak kira ular apapun jenis. Pakcik tak takut?”
“Tak .. “
“Bagaimana pakcik bila berdepan dengan ular?”
“Pakcik ‘kunci’ mulut ular.  Jadi dia tak boleh buat apa-apa .. tapi kena ‘buka’ semula mulut dia. Kalau tak ular itu akan mati. Tak boleh makan …”
“Hah! saya kena belajar ni ..”
“Boleh. Ada syarat-syaratnya..”
“iyake? apa dia syarat dia pakcik?”
“Antaranya tak boleh tinggalkan solat. Ada bacaan tertentu ... dan yang penting akan ‘kena sudi’ .. “



“Kena sudi? camana tuu?”
“Kena sudi ... akan terserempak dengan ular. Bukan sekali tapi banyak kali. Di mana-manapun akan terserempak … Satu lagi akan ‘disudi’ dalam mimpi. Ular itu akan datang dalam mimpi”
“Dalam mimpi?”
“iya. biasanya ular akan datang dalam mimpi. Kita kena berdepan dengan ular itu”

“Pengalaman pakcik ‘kena sudi’ camana?”
“Banyak. Pertama kali beramal ilmu ular. Pakcik sering terserempak dengan ular. Pernah masa pakcik naik motor dalam kebun getah. Ada 2 ekor ular .. dia ekori pakcik .. pakcik jalan dia jalan. Pakcik berhenti dia berhenti ..”

“Bagaimana pakcik ‘kena sudi’ dalam mimpi?”
“Dalam mimpi pula, pakcik didatangi ular besar. Ular tu datang depan pakcik ... pakcik kata pada diri pakcik ... pakcik tak akan lari ... datanglah pakcik tak akan lari ... kemudian ular tu datang depan pakcik. betul-betul depan pakcik ... ular itu tundukkan kepalanya pada pakcik … kemudian ular itu beredar pergi .. ”

“Camana nak ke ilmu tu cikgu?”
“ermmmm … rasanya terima kasih je le pakcik. Tang bab 'kena sudi' tu .. saya tak sanggup le ‘kena sudi’ dek ular. Didatangi ular walaupun dalam mimpi. Kalau  didatangi ‘permaisuri’  yang lawa ... walaupun berkali-kali okey le gak ... hahah!!”

“haha!!”  ( pakcik itupun turut sama gelak ... )

p/s -  aku suka bergurau dengan pakcik tuu ..  suka tengok dia gelak ..

07 April 2012

Aku cuba digoda? semacam je tenungan budak perempuan tu


Gambar siapale aku ambil ni? Maaf empunya diri .. pinjam jap. Nak gambarkan beginile tenungan mata budak  tu.


Tadi aku ke kedai hardware. Beli barang sikit ..

Masuk je kedai terus jumpa tauke. Taukenya Cina. Tapi pekerjanya budak perempuan Melayu. Rasanya sekitar umur 17 tahun gitu. Berbaju kurung dan bertelekung. Nampak sopan. Manis.

Dalam duk sembang dengan tauke Cina, sempat aku pandang budak perempuan itu. Aku pandang kerana budak itu duk berdiri tak jauh dari kami. Mungkin duk dengar bualan aku dengan tauke. Biasalah pekerjakan. Mungkin nak tunggu apa yang arahan tauke nanti.

Tapikan .. masa aku pandang budak perempuan tu .. ishh .. ditenungnya aku. Tajam  (dalam?) tenungannya. Ada gerakan kat matanya. Semacam je tenungan itu. Mungkin teman-teman kata arghh cikgu perasan kot!! Takkkk .. aku jujur.. Sungguh aku rasa semacam je tenungan itu. Maaf cakap, aku rasa itu tenungan menggoda. Mungkin teman-teman tertanya-tanya, camana agaknya tenungan nak menggoda? Mandai le cikgu ni. Camana aku nak terangkan di sini ek? susah sikit nak terangkan .. tapi akukan orang lelaki. Aku dapat rasakan …  dapat bezakan ..

Segera terlintas kat kepala aku, kalaulah begini budak perempuan tu tenung .. bahaya dik oii .. nasib baik abang ni bukannya mudah tergoda ..  malah aku kasihan. Kasihan kerana jika budak perempuan tu buat begitu kat mana-mana lelaki   … bahaya dik ..  kalau kena lelaki baik takper. Kalau kena lelaki ‘suka ambil peluang’. Aduhai ..

Sebaik beli barang, aku melangkah keluar. Sempat aku berpaling sekali lagi kat budak perempuan tu. Rupanya dia masih tenung aku. Aku senyum padanya. Masih ditenungnya aku... kemudian dia senyum .. ishhh ..

p/s - jaga mata tu dik. Dari mata segalanya boleh berlaku .. 
p/s - oh ya, ikhlas aku bagitau akupun berdebar juga bila ditenung begitu. Tapi aku buat -buat biasa je. cool ..

05 April 2012

"Cikgu .. jap je. saya nak pergi tukar ..."




Aku melangkah menaiki tangga menuju ke kelas Tingkatan ‘5 Mawar’. Terserempak dengan 2 orang pelajar perempuan dari kelas 5 Mawar  yang sedang menuruni tangga.

“Ni nak kemana ni? masuk kelas!!” aku kuatkan sedikit suara.
“Cikgu .. cikgu saya nak ke tandas cikgu ..” salah seorang bersuara perlahan.
“Tandas? kan tadi masa rehat. Kenapa masa rehat tadi tak pergi!! Cepat sikit!!
“Cikgu .. jap je cikgu. Saya sebenarnya uzur cikgu .. nak pergi tukar ..” ujar pelajar tadi. suaranya agak perlahan.

Aku terkesima. Nak tukar ???

01 April 2012

Berikan hati kepada insan yang sanggup berkorban ..



Aku menulis 2 bait ayat kat kertas. Aku merenunginya berulangkali.

Berikan hati kepada insan yang sanggup berkorban …
Berkorbanlah kepada insan yang sanggup berikan hati …

Makin direnungi makin kurang faham aku …  ???  Ada perbezaankah antara kedua-dua ayat ini? ishh kenapa kedua-dua ayat ini boleh menjadi susah untuk aku fahami sedangkan rasanya kedua-dua ayat ini agak simple je.

Persoalannya, kenapakah kedua-dua ayat ini asyik terngiang-ngiang je kat telinga aku? Bila kalanya aku berehat dari kerja .. ayat ini asyik muncul je . Tengah-tengah aku memandu keretapun ayat ini muncul. Dan sekarang .. iya sekarang jam 11.08 malam. Malam Isnin .. masa aku menaip entri inipun aku masih sukar untuk bezakan kedua-dua ayat ini!! ishh ishhh ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search