Pada suatu hari ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan
kenduri untuk anaknya. Untuk itu dia ke bandar untuk membeli ayam di kedai Pak Romee.
Lelaki kaya: "Saya ingin memesan 100 ekor ayam untuk esok, ini alamat saya (seraya memberikan kadnya)."
Pak Romee: "Baik tuan, saya akan suruh anak buah saya untuk menghantarkannya ke rumah tuan."
Selepas itu, Pak Romee memanggil anak buahnya yang bernama Ehwan Afendi dan memberikan arahan...
Pak Romee: "Wan, tolong hantar 100 ekor ayam esok ke alamat ini (sambil memberikan kad lelaki kaya tadi)."
Ehwan : "hantar ayam? Beres Tuan !"
Esoknya dengan menunggang motor si Ehwan pergi menghantar100 ekor ayam tersebut. 50 ekor diletakkan di sebelah kanan dan 50 ekor lagi diletakkan di sebelah kiri. Akan tetapi malangnya, di tengah perjalanan dia terjatuh dari motornya..., ayam-ayam yang dia bawa langsung terlepas dan lari bertempiaran. Orang ramai datang untuk mengetahui keadaan si Ehwan. Tetapi si Ehwan tidak apa2 malah ketawa terbahak-bahak. Seseorang di antara mereka datang bertanya, mungkin dia merasa khuatir kerana melihat si Ehwan ketawa ...
Orang yg bertanya : "Bang, abang tak apa-apa kan... ? Kepalanya tak sakit kan?"
Ehwan : "Ha... ha... ha... !"
Orang yang bertanya : "Bang, kenapa bang?"
Ehwan: "Ha... ha... ha..., dasar ayam-ayam bodoh, mereka nak lari ke mana? alamatnya kan ada pada aku... Hua.. ha.. ha.. ha....."
............................
Doktor dgn pesakit mental
Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak.
Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?
Lelaki : Ya doktor.
Doktor : Siapa kamu sebenarnya.
Lelaki : Saya ini manusia doktor.
Doktor : Ya ke? Bukan jagung?
Lelaki : Bukan, saya manusia doktor.
Doktor : Kamu takut dengan ayam?
Lelaki : Tidak doktor.
Doktor : Hmm.. bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.
Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.
Doktor : Apa dia?
Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia.
Doktor : "??$$??"
p/s - tersenyum aku sorang-sorang bila sekali-sekala baca kisah-kisah seperti ini.. baik untuk kesihatankan?
10 comments:
btol cikgu.. "laughter is the best medicine".. dan jugak buleh awet muda..
salam bendul,
Wah bab awet muda yang seronok nak dengar tu..nampaknya kita kena banyakkan senyum & ketawa. Teringat poster di dinding pej.
"Senyumlah, dunia pasti tersenyum untuk anda!"
Cikgu...
ketawa lebeh baik atau senyum yg menawan ataupun sengeh yang awet muda?..heheh apepun...marilah kita senyummmmmmmm selalu :)
Ha ha ha. Kelakar jeh dua cerita ni. Yang atas tu saya tek pernah dengar lagi. Er..orang tu pun boleh masuk Hosp Bahagia kot. Kikiki.
hi nen,
saya rasa yang paling baik sekali ialah 'ketawa keanak-anakan' atau 'senyum dengan jelingan manja'...kalau tak percaya, cubalah. jgn lupa buat di depan cermin.. he he
hai atiqah..
bagus jugakan dpt masuk hospital bahagia..'sentiasa bahagia'. tadak masalah nak fikir..bahagia selalu. confirm awet muda w/p umur dah senja.
Hik..hik. kah..kah..kah
Ni bukan jadi awet muda ni mau terundur jadi awet bebudak..
Sesekali best gak, release tension..
Good post...
hullo nazri,
ya sesekali kita perlu rileks minda.
awek bebudak? hii hii
saya suka senyum jugak
tadaaaa =)
comel tak?
hohoho =p
hi salam nadia yuna,
wah tengok nadia senyum, semangat tu datang jer tiba-tiba. Betullah apa yg saya tengok & baca kat satu poster, "senyumlah, dunia pasti tersenyum untuk anda" &
"Senyumlah, dia pasti tersenyum"...
comel? memang comel & nampak 'nakal', manja keanak-anakan sikit ..hmm hmm
Post a Comment