Followers

08 September 2008

Hanya di laut kutemui kejujuran (Siri 1)


“Sudah berapa lama kapten jadi pelaut?”

“Sejak usiaku dua puluh tahun, akhir tahun 1945. Mengapa kau tanya?”

“Sudah berapa tahun di laut?”

“Empat puluh lima tahun.”

“Mengapa tidak pencen dan tinggal di darat?”

“Dunia apa yang ada di darat, anak muda?” kapten bersuara disertai tawa kecil. “Pencemaran! saya tidak mahu bernafas udara kotor.” kapten bersuara lagi.

“Ya, tentu wujud pencemaran. Itulah kehidupan manusia yang sebenarnya. Kita perlu hidup di tengah-tengah masyarakat umum.”

“Hakikat apa yang kau temui di darat? Tidak hanya pencemaran alam; tetapi yang lebih besar ialah pencemaran dalam diri manusia sendiri. Kepura-puraan. Saling berbohong antara satu sama lain.”

“Kalian penyelam. Tentu sudah mengkaji batu karang dan mempelajari hidupan laut. Apa yang kalian baca daripada situ? Kematian dan kemusnahan akibat najis dan racun dari darat!”

“Oleh sebab itu, saya jauhkan diri daripada masyarakat darat. Mengapa? kerana hanya di laut, anak muda, hanya di samudera kutemui kebenaran…”

“Apa maksud nakhoda? Jenis kebenaran apa yang ada di samudera?”

“Kehidupan yang tidak bohong!”

“Bagaimana kapten buktikan?”

“Angin setia, ombak jujur, arus ikhlas; pada diri dan kapalku.”

“Melalui apa?”

“Melalui kehadirannya. Melalui geraknya. Melalui baktinya yang tidak pernah menagih balasan jasa. Itulah bakti kehadiran yang hakiki. Berperanan tanpa mengharapkan balasan.”

p/s Artikel di atas aku petik dari sebuah cerpen karya Sasterawan Negara – Arena Wati (koleksi cerpennya begitu tinggi nilainya pada aku. Wadah bicaranya terlalu kaya dengan persoalan yang kadang-kadang aku sendiripun mengambil masa untuk memahaminya. Tapi aku tetap menyukainya…).

Aku sengaja mencuit petikan di atas kerana tertarik dengan soal kejujuran dan kebenaran yang cuba dibicarakan secara sinis oleh Arena Wati. Petikan ini aku paparkan di sini kerana kebelakangan ini aku sedikit pening dan muak dengan perkembangan politik semasa negara yang semakin parah. Lukanya penuh dengan kepura-puraan…

23 comments:

Tirana said...

Cikgu Rashid..kadang-kadang lagi seronok berinteraksi dengan binatang dan persekitaran (kecuali manusia)kerana mereka tidak pandai bermuka-muka, tidak tahu berbohong dan selalu berlaku jujur. Manusia yang diberi akal oleh Allah selalunya menyalah gunakan nikmat akal itu untuk memutar belit dan menipu..Semuanya kerana lemahnya iman kepada al khaliq.

Zu Ismail said...

sungguh berguna lah cekgu

Rashid said...

salam tirana,
hmmm betul tirana. manusia kini semakin gilakan dunia hingga sanggup ketepikan nilai kemanusiaan.

sekali sekala pergi pantai - terasa tenang & nyaman

Rashid said...

salam azura,
sekadar untuk renungan bersama...

Signorina Syima said...

manusia rakus dan lebih bersifat duniawi. itu sbb sy telah mengambil keputusan yang cepat walaupun berisiko tempoh hari. lebih baik berbicara dengan kucing atau kura-kura kerana mereka tak pandai bermuka2... sedih sebab kehilangan mona...:(

KTS said...

tetiba rasa diri ini lebih dekat dengan alam :D

Ryehanna said...

a nice one!!
memang menjadi renungan...

Super Nia Hana said...

thumbs up!

Rashid said...

hullo syima,
Baguslah macam tu syima. Lebih baik bertindak awal daripada menjadi mangsa kerakusan.
bercakap dengan kucing, kura-kura, ikan...?

saya suka bercakap dengan ombak pantai. hee hehe

Rashid said...

salam ku tak sempurna,

Pernah dengar satu ceramah dari orang lama yang telah berjaya (bakal pencen)...Dia kata 'kita tak dapat pisahkan diri dengan alam. Alam akan beri kita ketenangan dan kedamaian'.

Rashid said...

hi ryehanna,
sama-sama kita merenung alam...


p/s - terima kasih kerana sign my guestbook.

Signorina Syima said...

bercakap ngn ombak pantai takut kena tsunami nanti.. takut main pantai lagi.... huhuhu

Kakmim said...

politik malaysia sekarang semakin tak suci

entah lah...

A t i Q a h said...

Oh. Ingatkan tulisan anda tadi. Hmm..seronok je bunyi nakhoda tu. Tapi mungkin juga dia pernah ada pengalaman pahit semasa beliau berada di darat. Kan.

kuIna said...

aduhhhh.... terkesima..

Rashid said...

hi syima,
Laut marah kerana angkara manusia yg tak kenal budi pada laut... Alunan Bicaranya begitu romantik sekali. Bila laut berbicara romantik, kita akan rasa tenang. Tsunami berlaku kerana rasa marah kepada manusia..

Rashid said...

Salam mira,
Benar mira. Politik sekarang dah jadi macam industri yang menguntungkan bagi sesetengah pencaturnya. Mereka kaut, kaut terus kaut apa saja untuk penuhkan pocket mereka.

Yang sedihnya, demi matlamat politik semua cara mereka halalkan...

Rashid said...

Ya atiqah,
nakhoda dah lalui pengalaman pahit dengan manusia di darat. Manusia yang penuh kepura-puraan. Manusia penuh dengan adu domba & saling memijak.

Rashid said...

salam kuina,

hmmm hmmmmmmmmmm turut terkesima sama.

cheryna zamrinor said...

skang dah bahye pi laut la rashid...
lanun banyak...silap2 boleh jd bunga melati...hehehe..

Rashid said...

hi cheryna,
yake? lanun laut dengan lanun darat mana bahaya?...

Anonymous said...

muak.. jemu.. xtahu mana satu yang benar..
itu politik skrg.. kotor..
btw, xbleh comment byk2 cikgu..
nnt nora kena band..
so, keep it silent and just wait and see what will happend..

=)

Rashid said...

salam nora,
ya, betultu.

saya ni sekadar luahkan rasa kebersamaan dengan si penulis..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search