Memang bukan senang dalam membuat sesuatu keputusan. Sebab itulah tidak ramai yang berani membuat sesuatu keputusan terutama jika keputusan itu melibatkan risiko yang besar. Apatah lagi jika ia berkaitrapat dengan kehidupan seharian kita, kerjaya kita dan orang yang kita hormati atau sayangi. Kita takut keputusan yang kita ambil nanti bertentangan dengan kehendak dan prinsipnya. Kita takut seseorang akan terguris hati, merajuk diri serta menjauhkan diri dari kita….dan yang pastinya kita berisiko. Termasuklah risiko akan kehilangan...
Terdapat satu kisah…
Pada suatu malam, seorang wartawan muda menghadiri majlis meraikan kejayaan sebuah syarikat ternama. Di penghujung majlis, wartawan tersebut berbual dengan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat ternama tersebut yang juga seorang jutawan.
Wartawan tersebut bertanya,
“Datuk, boleh beritahu saya, apakah rahsia kejayaan Datuk?”
“Tiga perkataan,” jawab jutawan itu.
“Tiga perkataan? Apakah perkataan-perkataan itu?”
“Keputusan yang tepat!”
“Bagaimana Datuk boleh membuat keputusan yang tepat?”
“Satu Perkataan.”
“Apakah perkataan itu?”
“Pengalaman.”
“Pengalaman? Bagaimana Datuk mendapat pengalaman itu?”
“Tiga perkataan.”
“Apa tiga perkataan itu, Datuk?”
“Salah membuat keputusan!”
p/s – Tak suka terlalu lama fikir dalam membuat sesuatu keputusan terutama dalam soal-soal yang memerlukan keputusan dan tindakan segera. Apa yang penting, cepat bertindak dan berani mengambil risiko ke atas keputusan yang telah dibuat.
30 comments:
wow...thank u cikgu
selamat berpose , my bro...
posting nieh sangat bagus utk santapan minda time2 pose nieh:D
cikgu rashid...
hari ini saya telah membuat keputusan utk putus persahabatan..
itu keputusan yang tepat saya rasakan kerana ia telah dikaji semula berdasarkan pengalaman saya....
itu pengumuman buat hari ini...
hullo watashi,
apa wow wow tu?..hee hee
hullo the sepet eyes of cheryna,
hmmmm ya nak santap makan tak boleh so kita santap minda je ler..
doa saya agar cheryna pose terbaik ..jangan jeling jeling & nakal tau! jaga pose tu..
syima,
ishh terkejut saya. betulke? kenapa pula? tersangat dalamkah luka sehingga dah ambil keputusan macam tu sekali.
Tapi jika syima dah buat kajian.. saya no komenlah. syima lebih tau situasi. apa-apapun jika putus sahabat - jadikan sahabat tu kawan biasa.. berbual seperti biasa ya.
huhu....sokonggg...
kita sebenarnya lambat dan ssh nak wat keputusan...hanya 1 perkatan TAKUT....
hehehehheh...
salam ada ayrissa,
hee hee saya setuju ngan ada ayrissa.. satu perkataan 'TAKUTTTTTTT' yg sentiasa membelenggu bila kita nak buat satu-satu keputusan.
bagi sapa-sapa yg ada rasa TAKUTTTTT ni kenalah baca buku BERANI GAGAL (beruntung pengarang ni...beri publisiti percuma ni)..
memang itu yang diajar dalam kelas2 pengurusan (management), cepat buat keputusan, berani ambil risiko.
keputusan yg telah pocket buat,
selalu mengundang masaalah,
masaalah demi masaalah timbul dan tenggelam.
only yesterday i've been called
'a stray dog that needs allignment'
by my superior just because i've
sent an emotional and nprofessional
e mail...
causes me a lot of trouble.
(Pengaruh dari blog juga bila anda dah pandai menaip, reply mail dalam 40 saat hahahah^^)
but pocket is still standing...
am i still a proof of the three words effect?
salam cikgu..
saya tertarik baca pasal entry kali neh..
3 perkataan mewakili 1 pengalaman..
tapi saya neh, da 3 kali pengalaman, maseh takut membuat keputusan.. camne tuh?? hehehe..
sgt complicated.. tapi saya akan amek "tepat membuat keputusan" neh jd penguat keputusan saya.. =)
thanks for da info =)
Selamat Berpuasa =)
susah kan nak buat keputusan ni kdg2..
takot tersilap ):
wowwww... cukup berguna cerita ini..saya suke.
Tenkiu cikgu sbb share info ni..
tauruz memg slalu sush nak wat kputusan...
Sebab tu ibu bapa yang selalu buatkan keputusan untuk anak-anak. Tapi, tak boleh lah sampai besar pun, anak-anak kena ikut telunjuk ibu bapa. Tak dapat pengalaman nanti.
ohoh cikgu,
saya sangat gembira dan tenang =)
salam rohaizan,
tepat sekali. masa saya ambil M.A (pengurusan) dulu tu.. tak abis-abis belajar ttg. pengurusan ni. seronok juga kerana ia latih kita utk manage apa-apa dgn cara yang terbaik..
Saya dah praktis apa yang saya belajar dulu tu... tapi saya ubah dengan cara & gaya saya tersendiri.. hehe
pocket,
jangan risau. pocket ada kelebihan. kerana saya lihat ramai yang berjaya adalah yang melalui banyak pengalaman yang sedih & duka..yang melalui banyak masalah tapi sentiasa bangkit menyelesaikan masalah.
Semakin banyak keputusan yang dibuat (w/pun selalu mendatangkan masalah) semakin indah dan bermaknalah pengalaman itu... cuma jgn diulangi keputusan yg bermasalah itu..
siriben merah,
saya tersenyum baca, 'da 3 kali pengalaman, maseh takut membuat keputusan'. hmm hmm
Cuma bagi sayalah miss riben, kalau dah banyak kali kita lalui pengalaman tuu sepatutnya kita makin berani buat keputusan. Jgn takut.. (p/s hakikatnya perasaan takut tu memang ada - dah lumrah)
pertama, kita kena analisis kekuatan & kelemahan 'situasi' dulu tu.. kemudian buat je keputusan.
Memang masa kita nak buat keputusan tu.. kita tak akan tau keputusan yg kita buat tu tepat atau tak. kerna ia bergantung juga pada situasi & masa. saya juga begitu..tapi syukur byk keputusan (berdasarkan pengalaman) yg kita buat akhirnya berjaya dan dapat diterima ...
Sweethoney,
kesilapan dalam membuat keputusan adalah biasa.. kitakan insan biasa. serba kekurangan. cuma yg baiknya kesilapanlan yang lebih menyedarkan kita berbanding dengan kejayaan...
salam azura..
sama-sama kita berdoa agar apa yang kita rancang dan putuskan berada di landasan yang tepat & benar.
hi tauruz,
ya sayapun. cuma sbg yang diberi amanah utk merancang memerlukan kita utk membuat keputusan yang tepat.. terutama situasi yang memerlukan tindakan segera.
Atiqah,
menarik pandangan atiqah tu. memang ibubapa selalu merancang masa depan anak-anak. itu tanggungjawab mereka dan demi kebaikan anak-anak. tapi sekarang saya rasa ibubapa lebih bersifat terbuka.. pandangan & keputusan anak juga diterima jika itu yang terbaik utk anak-anak mereka..
utk nadia yuna,
Syukur, saya suka mendengarnya. kegembiraan dan ketenangan itu sememangnya milik nadia.
Nadia, kadang-kadang kita juga diuji dengan pelbagai rintangan & kekangan. keupayaan kita menghadapi semua itu adalah satu kekuatan. Kekuatan yang ada pada diri kita yang kadang-kadang kita tak sedar.
Kita perlu bersyukur padaNya kerana kita masih diberi kekuatan utk menghadapi segala dugaan.
susah buat keputusan..
kadang2 mmg mcm tu..
kalau dlm persahabatan, takut terguris hati..
jika dalam penentuan utk hidup, takut tersilap langkah..
semuanya pangkal dari takut..
kasihan~~
Salam ziarah....Hmmm membuat sesuatu keputusan kadangkala susah tapi biasanya senang aje bagi diri tie... malas nak fikir2 keterlaluan nanti makin susah nak buat keputusan.
salam nora,
kita terdidik untuk terlalu menjaga hati kawan. ini kadang-kadang boleh juga membawa masalah. Keputusan kita walaupun tak sependapat dengannya sebenarnya adalah hak kita. kawan yang baik akan berusaha dan dapat terima hakikat perbezaan itu..
Tie,
saya setuju ngan tie. jangan terlalu fikirkan masalah kerana makin difikir makin bermasalah ia. apa yang penting, fikir, buat keputusan & tindak segera!
time kaseh cikgu, mmg hidup kite akan salu je kene buat keputusan :|
Salam fathen,
Kita mesti kuat dalam masa membuat keputusan. Dan berdoa agar keputusan yang kita buat itu sentiasa membawa kebaikan kepada semua...
Post a Comment