Apabila anda mandi (tak kiralah mandi pagi ke, mandi tengahari ke, mandi petang ke..), bahagian anggota badan manakah yang mula-mula sekali anda basahi?
Apabila anda mandi (tak kiralah mandi pagi ke, mandi tengahari ke, mandi petang ke..), bahagian anggota badan manakah yang mula-mula sekali anda basahi?
Aku rasa, ramai antara kita mulakan mandi dengan membasahi bahagian atas kepala dahulu. Sama ada mandi menggunakan gayung mahupun dengan pancuran air yang ada kat bilik mandi. Seingat akule, sejak zaman budak-budak lagi, selalunya bila kita mandi, kita akan curahkan terus air ke atas kepala. Betulkan?
Tambahan kepada mereka yang tinggal di kampung, yang berdekatan dengan sungai, semestinya bila mandi sungai akan terjun dengan bahagian kepala dahulu, kecuali bagi yang ‘kurang macho’ itu mungkin terjun sungai dengan kaki dahulu. ( p/s - Masa zaman budak-budak dulu, aku mandi sungai dengan cara terjun berpusing-pusing badan.. hehe. Sungguh macho kan?)
“Ramai orang memberikan maklumbalas yang positif setelah mengamalkan cara mandi ‘dari bawah ke atas’ (Basahkan kaki dahulu.. ). Selain dapat mengelakkan kejutan tubuh akibat terlalu sejuk, ia juga dapat memberikan kebaikan segi kesihatan dan kecerdasan minda. Mandi seperti ini akan membetulkan sistem tubuh, menstabilkan tekanan darah dan jantung dapat berdenyut dengan baik. Di samping itu, ia dapat mengawal emosi dan membentuk aura yang tepat!”.
“Apabila seseorang itu sering mandi ‘dari bawah ke atas’, ia juga dapat mengelakkan diri daripada tiga keadaan; rambut cepat gugur, beruban dan bercabang.”
“Mandi dengan air dingin waktu pagi akan dapat meningkatkan pertambahan hormon testosteron pada lelaki serta hormon estrogen pada wanita. Dikatakan ini dapat menyumbang pada keghairahan asmara. (ops!! kepada yang berkenaan sahaja okey!)
43 comments:
wahh...mandi pusing badan . memang macho ! bravo !!
lagi macho kalau tersangkut kat celah pokok ! wakakaka
Rashid...
Betul. toknenek kan dah berpesan . Orang lelaki mesti mandi dimulakan dengan bahagian lutut dahulu . Barulah segar urat saraf yang berkenaan . kannn..kan...
Saya paling suka part ini...
" Dikatakan ini dapat menyumbang pada keghairahan asmara. (ops!! kepada yang berkenaan sahaja okey!)
Ingat tuh !!!
Kepada sesiapa yang tak berkenaan.. or masih dibawah umur , sila abaikan !
kihkihkih...
cgu info baru kepada saya..
pasal mandi.
kalau di kampung : terjun sungai aja.....
semua basah..
ha
salam cikgu,
eiza bersetuju ngan Dr. Tuah tu..
sekarang pun eiza dah amalkan mandi cmtu..mmg ada beza..migrain eiza pun tak la selalu sgt mcm dulu..
“Mandi dengan air dingin waktu pagi akan dapat meningkatkan pertambahan hormon testosteron pada lelaki serta hormon estrogen pada wanita. Dikatakan ini dapat menyumbang pada keghairahan asmara. (ops!! kepada yang berkenaan sahaja okey!)
Patut arrr...mmg selalu amalkan mandi air sejuk mula dari bawah baru naik ke atas...hahahahaha!
Salam Cikgu Rashid....
Mandi ada adab dan tertibnya. Bukan boleh pakai main belasah mandi je. Kita bukannya cowboy...
**Cikgu, kalau mandi pakai baju kurung atau kebaya....dlm kategori yg mana ekkkk? Huhuhuhuhu.
:)
cikgu..
hehehe...
walaupun xbace buku H.M Tuah nieh..saye mmg praktikkan mandi dari bawah ke atas..
nice en3 cikgu ye..
mandi pun ada cara dan kesan2nya ye...hurmm..lepas ni kena cuba mandi cara yang di ajar ni hehehe..nak cari aura positif =)
salam...
amalan ini telah lama ana amalkan kerana tok wan ana yang ajarkan katanya untuk menambah kekuatan pada badan tapi tak tahu pula dari segi sainsnya. Satu lagi kalau lepas mandi, kain yg di buat basahan hendaklah dilibaskan pada sendi-2 untuk mengelak sakit-2 sendi katanya.Petua dan pantang larang org tua-2 ini kalau kita kaji dan teliti dgn akal yg waras ada juga kebaikkannya walaupun taklah semuanya.
Linda
ishh mana boleh tersangkut kat pokok linda.. kan macho.
Lainle ngan kawan kita sorang tu.. pernah ‘terdampar’ kat semak.. hehe
Linda.. wah hebat pesanan tuk nenek tu. bahagian lutut ek? eee urat saraf apanya.. tak paham le. Tolong jelaskan dengan detail k.. hehe.
Takper Linda, orang yang masih bawah umurpun boleh amalkan. Jaga kesihatan dari awal.. kan kan.. demi masa depan yang cerah bahagia gitu.
Jinggo
a’ahhh jinggo, kalau kat kampung apalagi terjun je sungai. abis citer.. basah..basah lagi..
eiza in the house
ooo iyake eiza. T.kasih eiza kerna berikan satu bukti yang boleh kita renungkan bersama. Tak salah kita cuba..
DUN behrang
haha!!! padanlah DUN sentiaa nampak macho dan gagah semacam je..
Zyma saad
Terserlah akan kesopanan zyma ketika mandi.. hehe
psstttt!! zyma.. kalau mandi dengan baju kebaya / kurung rasanya akan nampak lebih seksi le.. ahaksks!!
kesimpulannya jangan pakai baju.. baju kebaya / kurung. Pakai kain basahan k..
Lalink7
Link.. iyake mandi dari bawah ke atas.. kan selalu guna pancuran air kat rumah tu. Maklumlah rumah moden. Rasanya semua rumah dah tak guna gayung lagi. kan link.. hehe.
Guna kedua-dua..
Marzalina
Betul tu intan. Mandi kena caranya akan dapat aura positif. (aura positif???)
Sekuntum mawar berduri
ermm bagusnya mawar kerna amalkan cara mandi sebegitu. Tentu mawar mempunyai kesihatan yang baik & selalu ada aura positif..
iyale, baru saya teringat kain basahan dilibas-libas pada badan utk elakkan sakit sendi... tapikan itu kalau pakai kain basahan.. kalau.. opss !!
Memang orang tua-tua penuh dengan petua yang baik-baik..
Mcm tak caye jek cikgu terjun sungai dengan badan berpusing2...ekekekekke:D
klau yg mandi kolam cmne lak? ath bawah ke bawah atah org pgil? hehe
Mandy yang last tu kan....selalunye melambatkan daddy nak ke sekolah jer...kena mandi sekali lagi...
HEHEHEHE...
Salam Rashid
klu terus terjun sg basah semua.. klu mandi sg ala2 sopan.. turun kaki dulu hee.. ha.. br tau la.. rupanya bagus jg basahkan kaki dulu.. sy biasanya basah kaki dulu.. pastu basah tangan gosok2 muka.. baru basah semua.. tp klu yg (wajib tue lain lah)
best jg info nie..
terjun sg brpusing2 badan jng sampai trsangkut pd pokok sudah.. haha!!
lama tak mandi sg..
-maiza-
Afida anuar
ishhh naper tak percaya?
afida, saya dulu pernah johan berenang tau. jauh.. dari Malaysia ke Thailand.. sungai golok..
amy liana
amy.. kalau mandi kolam – turunkan kaki terlebih dulu dengan sopan ayunya.. kemudian basahkan paha.. .. pinggang.. badan .. dada.. rambut. kan semua basah. Basah ayu gitu.
Daddy cool
hehe.. kalau mandi yang itu rasanya ‘teramat sopan & tertibnya’ daddy. Tapi takper banyak hikmahnya mandi yang last tu. Kalau tak mandi haru biru jadinya.. jalanpun tak betul, terhuyung hayang. Nanti sampai kat sekolah, lain je diorang tengok. haha!!
MaizaC’joe
salam maiza.
Rasanya macam puteri hang li po ..
dimulai basah kaki.. kemudian basah tangan.. gosok muka.. baru basah semua. haha! lintang pukang je aturan tu maiza.
"tp klu yg (wajib tue lain lah)"???
jom jom mandi sungai..
sejukkkkkkkkkkkk!!!
Ada ayrissa
sejuk ek.. hehe..
mandi ujan pun best nih
ekekkekek
mandi berdua ?
ekkkkkkkkkkkk
bluecity
eeeeee tiba-tiba teringat entri mandi ujan..
mandi berdua? aduhaii dug dag dug dag.. debar debar..
good tips.. thanks..
Cikgu Rashid..
Kak tirana dari dulu hingga kini memang mengamalkan mandi dari bawah ke atas walaupun sekarang ni guna shower..Hulur kaki dulu ke bawah shower..hehehe.. Ini memang pesan dari arwah ayah kak tirana dan kak tirana tak tahu pulak kesannya..
Ungu violet
sama-sama ungu..
terbayang tiba-tiba akan sejuknya kat sana..
Tirana
ooo tentu kak tak perasan. tapi rasanya ada kebaikan yang mungkin kak tak perasan alaminya.
ayah yang perihatin..
Salam Rashid
Mandi yang di ajar kepada uncle oleh almarhum ayahanda ialah dengan membaca bismillah dan mula dari kaki sehingga ke kepala dengan diringi 40 kali Qulhuwallah.
Cikgu Rashid..sy kalau mandi stat dari kaki dulu sbb ikut pesan org2 tua..kate diaorg bg nk elak kejutan tubuh n nk elak pale sakit..
kalo mndi air panas, aci tak???hehe
Mountdweller
salam uncle.. satu petua yang baik dan boleh diamalkan.. t.kasih..
Mama Danish
yup betul tu lily. Orang-orang tua dulu ada amalan yang baik, jarang kita dengar diorang dapat penyakit moden macam sekarang ni..
Kena ikut cara cam tu juga..
arryani
kalau air panas, masukkan dulu tumit kaki k, kemudian baru ‘terjun terus’. haha!!
cikgu...entry yg bgs..ihiih..sblm ne ila ada dgr gk org pesn surh mndi dr bwh dlu...
cikgu...entry yg bgs..ihiih..sblm ne ila ada dgr gk org pesn surh mndi dr bwh dlu...
HoneyBunny
hmm hmm. harap ila amalkan mandi cara gini k.. sayapun dah amalkan. sebelum ini selalu berterabur. Kejap basahkan kaki.. jap basahkan bahu kanan dulu.. jap hentam terus pala. hehe..
tertarik dgn kate nie..
“Mandi dengan air dingin waktu pagi akan dapat meningkatkan pertambahan hormon testosteron pada lelaki serta hormon estrogen pada wanita. Dikatakan ini dapat menyumbang pada keghairahan asmara...
kene slalu mndi pgi nie..
sy nie liat ckit nk mndi pgi..huhu
hahah!! hati-hati ayunni..
oooo liat mandi pagi ek. ni tentu sejak budak-budak lagi sampai sekarang malas bangun pagi.. bangun ngan mata masih katup.. kan kan..
Post a Comment