Followers

04 December 2009

Di balik Kesayuan Matanya ...


Kelmarin aku pulang dari hospital. 3 hari 2 malam aku berada di hospital menemani emak. Sebelah katil emak ada seorang makcik. Baik orangnya. Makcik itu pula ditemani oleh anak perempuannya. Telahan aku anaknya berumur 20-an gitu. Agak pendiam orangnya.


Berbanding dengan anaknya, emaknya sungguh peramah sekali. Tak habis aku melayan dan berbual dengannya. Ada-ada saja buah bicaranya. Tapi anaknya… iya anaknya hanya diam sahaja. Asyik menatap majalah ‘Wanita’. Sekali-sekala ber ‘sms’. Seakan-akan tak pernah pedulikan bualan aku dengan emaknya.


Curi-curi aku perhatikan anak makcik itu. Pada gerak hati aku… ada ‘sesuatu’ pada wajahnya. Senyuman bersahajanya itu buatkan aku semakin ingin tau. Iyalah akukan mana boleh melihat seseorang yang wajahnya sayu dan sukar untuk senyum. Aku mau dia senyum …


Aku cuba mendekati kisahnya. Cuba buka bicara. Aku menyapanya. Sapaan aku dibalasnya mesra. Aku dipanggilnya abang dan dia membahasakan dirinya Nur.


Kami berbual dan berkongsi cerita …
Akhirnya aku berjaya buatkan dia senyum …


Gerak hati aku memang benar. Ada kisah di balik kesayuan matanya. Dia rupanya sejak kecil lagi ada masalah dengan hati. Tapi dia kuat, tabah dan berusaha untuk melupakan kesakitan yang ada dalam dirinya. Sepanjang bicara, aku lebih banyak mendengar. Sesungguhnya aku bangga dengan dirinya.


Nur
Bila berbicara
Tutur bicaranya begitu lembut
Setiap bait katanya
Dilafazkan dengan penuh kesopanan
Penuh kesayuan


Nur
Dirinya sentiasa bersedia
Untuk bersama menanggung beban keluarga
Walaupun beban pada dirinya juga sudah terlalu lama
Sedia terpikul
Sedia terpendam


Nur
Namanya seindah erti
Sentiasa menyinarkan cahaya
Menceriakan suasana
Menghilangkan duka
Memancarkan bahagia


Nur
Bila direnungi wajahnya
Bila didengari suara dari bibirnya
Terlintas akan persoalan
Mampukah ‘Nur’ untuk terus bertahan
Kerna di balik kesayuan matanya
Rupanya ada tersurat kesakitan


Doa diri ini
Moga Nur akan sentiasa tabah dan kuat
Sesungguhnya segala suratan yang hadir
Terkandung akan hikmah dariNya


p/s
– Perlunya kita bersyukur dengan nikmat. Sesungguhnya masih ramai orang di luar sana yang ‘sakit’ tapi masih mengukirkan senyuman…

37 comments:

Marzalina said...

saya doakan semoga Nur akan sembuh..amin.

cikgu memang selalu buat orang tersenyum...saya pun senyum ni =)

CITY® said...

salam cikgu rashid,

moral:

betul betul betul
mendekati mereka2 yg sakit kronik ni buat kita banyak berfikir

syukur dgn apa yg kita ada sekarang
masa depan tak tahu lagi
kita bagaimana

huuuuuuuuu

hazeleyed lady said...

Bahasa mata jarang dapat menipu...

eiza in the house.. said...

salam cikgu,
ibu cikgu sakit ye...didoakan cepat sembuh k..

moga sahabat baru cikgu itu, dpt menempuh liku2 hidup ini dgn penuh keredhaan..moga dia leh sembuh suatu hr nanti insyallah.

ILA said...

Alangkah beruntung NUR itu...
dapat ketemu dgn insan ceria seperti cikgu...
Ila yakin sesiapa yg berkomunikasi dgn cikgu..pasti ada senyuman terukir:)

Sufy said...

salam, smg emak cepat sembuh..amin...:)

Unknown said...

best juga puisi tu..alah sedih lak dgr kisah nur ni....kat mana tu berlaku ek..

Rashid said...

Marzalina
Iya intan. Sama-sama kita doakannya. Dia baik sangat. Sedia mengalah ..
uiss iyake intanpun senyum? naper pula.. adoii. ni tentu ada apa-apa ni? k nanti kita borak..

Rashid said...

bluecity
salam juga
Betul tu. Selama 3 hari 2 mlm kat hospital. Pelbagai pesakit saya jumpa dan borak-borak dengan mereka… rasa kalau buat entri nak 4 atau 5 tajuk. Semuanya jelas. Perlunya kita bersyukur, perlunya ramai ikatan kenalan dan juga pentingnya menjaga kesihatan..

Rashid said...

Hazeleyed
Suka ayat tu..”bahasa mata jarang dapat menipu…” t.kasih..

Rashid said...

Eiza

Salam eiza.
Emak tak sakit. Dia cuma ada wat pembedahan mata buang katarak.. & masukkan manik baru..

InsyaAllah eiza. Moganya. Tapi Nur tu dah lama tak check hati dia.. dia tak mau. Dia selalu fikirkan yang positif. Dia harap dgn tak fikirkan .. akan baik satu hari nanti.

Adakalanya dia rasa juga kesannya… tapi dia masih rahsiakan dari keluarganya..

Rashid said...

Sufy
Terima kasih sufy akan doa itu ..

Rashid said...

Ila
ermm.. ada-ada je ila ni. eeeeeeee …
Tiba-tiba terbau harum kek cokelat kat umah ila. Ila sedang wat kek ke tuu?

Rashid said...

Zlan
haha!! lan.. alaa itu puisi (puisike?) spontan je le. Saya coretkan di katil hospital sambil curi-curi lihat tengok wajah nur masa menulis tu..

Wawa_Nadwa said...

Salam cikgu,
lama tak singgah sini memberi komen.
moga cikgu sihat hendaknya..

tak sangka dengan menatap wajah nur cikgu dpt menulis bait2 yg indah ini.
=P

klu menatap wawa pasti ilang ayat2 ni semua. hahaha.

nurinanaty@yahoo.com said...

Sebab itu namanya NUR,sentiasa beri cahaya,walau sendiri tersiksa...
Doa buat ibu cikgu,semoga cepat sembuh....
ibu,harta yang tak ada galang gantinya....

cheryna zamrinor said...

semoga ibu cepat sembuh!

nur juga!:)

MaizaC'Joe said...

Salam Rashid

semoga kesihatan mak Rashid, emak Nur, Nur dan semuanya semoga cepat sembuh. Syukur la kita nie, walaupun kadang kesihatan terganggu tapi tak la sampai kronik. tak kan la selalu nak sihat ja.. sekurang-kurangnya demam2 manja.. hee...
Bertuah adik Nur sekurang2 nya ada yg sudi dengar masalah dia.. ukirkan senyuman dia.. kan.. kan..

bestnya cmtue... bait2 kata tue.. menusuk kalbu.. hee..

wlcome back Rashid...

Bapak said...

Salam,

cikgu Rashid ni tetap cikgu walau pun di mana, walau pun di hospital..heheh

camner pembedahan buang ketarak emak cikgu? harap semuanya berjalan lancar.

Bapak doakan semoga 'NUR ' tetap tabah, jaga kesihatan dan moga ada jalan untuk sembuh.

begitu juga dengan ibunya...

Arianni said...

Salam,

Lepas pembedahan mesti pergerakan emak agak terbatas..berehat ajelah..semoga cepat sembuh..anaknya sihat ke..?
T/kasih singgah blog yg tak seberapa tu..

Catwoman said...

Salam Cikgu Rashid.....

Mensyukuri nikmat yg ALLAH berikan adalah sgt wajib kita lakukan. Jgn kita takbur dgn setiap yg kita miliki dlm hidup di dunia ini. Semuanya pinjaman semata2 dan hanya bersifat sementara.

**Sayu bila membaca n3 ni.

Rashid said...

Wawa Nadwa

salam wawa..
Alhamdulillah saya okey. Buktinya - senyum je ni bila baca komen wawa..

Wawa, dengan melihat wajah Nur itu kita seakan-akan memasuki dunianya. Dan dunianya buatkan kita berfikir sejenak. Sayu ..

A’ahh rasanya bila saya berdepan dengan wawa, akan terus ilang kata-kata.. dan akhirnya akan kuar satu entri, 'kegebuan pipi itu.." hehe

Rashid said...

Nurinanaty
Iya nurinanaty.. alangkah indahnya dunia kalau ramai sebegitu. Sedia ringankan beban kesakitan orang lain walaupun hakikatnya kesakitan itu ada juga pada diri.. tapi disembunyikan untuk tidak merisaukan diri juga orang lain.

Nurinanaty.. terima kasih atas doa indah itu.

Rashid said...

Cheryna Pires
hmm hmm… tq cheryna.


Warna ungu itu ..

Rashid said...

MaizaC’joe
Sungguh indah bahasa ‘demam manja’ yang maiza guna itu. Memang betul kata-kata maiza. Kita perlu bersyukur kerana demam kita biasanya manja-manja je. Bila minum air 100 Plus terus hilang demam itu semua.

Maiza, saya juga rasa gembira bila tengok Nur itu senyum manis akhirnya. Sebelum itu dia senyum bersahaja je.. tak best tengok tau. Rupanya ada sesuatu yang buatkan dia senyum begitu.

Terima kasih maiza..

Rashid said...

Bapak
salam juga

uisss mandai je bapak ni.. hehe
Iya bapak. Emak saya dah okey. Tapi masih ada pantangnya. Kena ikut nasihat Dr..

Bapak, sama-sama kita doakannya. Moga perkara yang baik akan berlaku kepada orang yang baik-baik..

Rashid said...

Arianni

Ari.. betul tu. Emak tak boleh terlalu cergas pergerakan. Dr kata paling tidaknya 6 bulan baru boleh lakukan aktiviti seharian seperti biasa.

ishh naper kata begitu. Blog ari penuh bermakna. Banyak yang boleh direnungi k..

Rashid said...

Zyma saad

yup! tepat sekali zyma. Tak ada gunanya kita mendabik dada. kita cuma musafir sementara je di dunia ini. kan kajian purata umur manusia sekarang ini sekitar 60an 70an 80an. Ini kita kena renungi..

so marilah kita sama-sama mensyukuri nikmat yang seadanya yang kita terima.

Sama-sama juga kita hulurkan ‘bunga’ kepada sesiapa je.. moga semuanya tenang dan damai ..

Unknown said...

Salam Rashid.

Uncle pasti masih lagi banyak bait-bait yang tidak terucap dan tersirat selain dari ini "Moga Nur akan sentiasa tabah dan kuat
Sesungguhnya segala suratan yang hadir
Terkandung akan hikmah dariNya"

Insya Allah akan termakbul jua...

Rashid said...

Mountdweller
Salam uncle..
iya uncle. Tak terkata lagi. Biarkan hati berbicara..

DUN Behrang 2020 said...

Salam...

Didoakan agar bonda cikgu segera sembuh...

Berbicara ttg kehidupan dgn org2 yg melaluinya jauh lebih manis dan penuh makna kan?

Rashid said...

DUN Behrang

salam..
t.kasih DUN

betul tu DUN. Bila kita berbual dengan mereka, rasanya kita akan mengenali mereka dengan lebih dekat lagi.. tentang warna-warni kehidupan.

Anonymous said...

hope everything ok..

Rashid said...

cik Epal

ermmm.. sang suria itu?

Rashid said...

ChekguSekolah

iya.. segalanya baik. Cuma sedang memikirkan sesuatu..

LadyBird said...

Semoga Nur tabah.. nur sakit ape cikgu?

Rashid said...

Putri
Nur sakit dalaman.. tentang hati. sejak kecik. tp dia tu kuat semangat. skrg dah lama.. dia tak nak taupun malah tak nak pergi hospital utk check ke apa.. tp sekali sekala kalau tersalah makan ada juga rasa sakit..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search