Followers

29 August 2010

Aku cuba gerakkan lidah dan menggigit kecil



Petang - sambil menanti waktu berbuka puasa, tangan mencapai sebuah majalah. Terbaca lagi petikan kata-kata Luqman al-Hakim.

“Hati dan lidah amatlah baik ketika baiknya dan apabila keduanya buruk maka amatlah pula buruknya.”



Aku cuba gerakkan lidah. Lembut. Mudah dilentur. Aku cuba gigit lidah. Aduh!! sakitnya. Terlalu sensitif rupanya.  hehe.

Yup!, bila diamati kata-kata Luqman al-Hakim di atas, benar dan tulus ertinya. Gara-gara lidah, air tenang mula berombak. Gara-gara lidah, seorang sahabat bisa buatkan sahabatnya menangis. Gara-gara lidah, semuanya ingin mendongak langit. Gara-gara lidah, perempuan terhanyut dilanda asmara. Gara-gara lidah, bisa tertipu akhirnya ke Lombok, Indonesia. Gara-gara lidah, keluarga aman berantakan, cerai sana-sini. Gara-gara lidah, iman terhindar kesepian…  dan gara-gara lidah, iman tiada pasti akhirnya fanalah dunia ini.

Gara-gara lidah juga, bisa buatkan hati luka kembali segar. Gara-gara lidah, sepi hati bisa terhibur ceria. Gara-gara lidah juga bisa buatkan dunia tersenyum manja …

Yup!! itu yang aku mahu. Mahu tengok dunia tersenyum manja. Bila dunia senyum, hati semua insan akan turut sama tersenyum manja.


p/s - uisss kenapa tetiba aku berbicara soal lidah ini? adoiii.. lapar le tu. hehe

10 comments:

Anonymous said...

akibat lidah badan leh binasa kan cikgu?
lidah tu lbh tajam drp mt pedang..
krn lidah kita gembira, krn lidah kita sengsara..

sue teh said...

salam cekgu..
kerna lidah lelaki minta kahwin dua..kerna lidah manusia lupa diri..
kerna lidah byk hati terguris..byk la cekgu benda berlaku bl melibatkn lidah..kerna lidah byk manusia hilang pertimbangan diri..

Pocket said...

lidah untuk oral sex.. heheheh
ooppss!!
lupa lak dah 619am, tak leh 'nakal' lagi...

beb!! try la makan sup lidah buat berbuka!! memang besh:D lembuuuuttt jer ^^

selembut lidah..
lidah yg lembut tu jgak lah buleh meng'kiri-kanan'kan antara:
syurga neraka
suka benci
gagal berjaya

eMMe said...

Tanpa Lidah, kita tak bisa merasai sume nikmat yg Allah berikan, Oleh itu, jaga lah pancaindera yg dianugerahkan oleh Nya sebaik2nya...
jgn makan makanan/minuman yg manis, nnt dpt penyakit. hehehe...

Cikgu Nurin said...

memang sangat setuju dengan cikgu,kerana lidah juga seorang rakan menyebabkan saya teramat kecil hati dan sedih sehingga berbulan-bulan sampai sekarang...dia masih diterima sebagai kawan,tetapi bukan lagi sahabat...

Rashid said...

Sweet-ladybird
iya ladybird. kernanya segalanya bisa terpisah, terluka dan sakit. Kernanya juga bisa jalinkan hubungan yang baik, penuh senyuman mesra dan ikhlas.

Rashid said...

sueteh
salam
kawin dua? haha!!! opss!! betul tu sue.
Itulah bahananya lidah. Darinya juga boleh bawa kita ke syurga dan neraka…

Rashid said...

Pocket
sup lidah? ishhh… lidah lembu? kambing? no!!
Betul tu pocket. lembut lidah berkata-kata.. tapi awas!! jangan bagi sapa-sapa terluka tau.. tak baik ..

Rashid said...

eMMe
ermm. saya cuba gambarkan kita tak ada rasa pada lidah.. tentu hilang segala nikmat.
Maknanya sukar untuk kita elakkan dari pelbagai penyakit.. Kencing manis lagilah.. hehe

Rashid said...

Cikgu Nurin
iyake nurin.. aduhaii sampai gitu sekali. Jangan terlalu ambil hati k.. mungkin dia tersilap kata.. maafkan dia..

Sebenarnya itulah yang cuba saya sampaikan.. ‘gara-gara lidah, seorang sahabat bisa buatkan sahabatnya menangis’..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search