Followers

22 August 2010

Seronok sangatkah hisap benda tu?


Sedikit terkesima bila baca tajuk besar akhbar Berita Mingguan pagi ini. Tajuknya, “Pro jadi mat gian”.  Antara petikan dari akhbar tersebut:

“Purata 12 orang sebulan daripada golongan profesional dan pengurusan termasuk pegawai kerajaan, institusi kewangan dan pengamal undang-undang terbabit penyalahgunaan dadah dalam tempoh 18 bulan sehingga Jun ini”.

Dalam tempoh tersebut, 221 orang dikesan terbabit dengan dadah sebaik menceburi dunia pekerjaan. Mereka dalam lingkungan usia 25 hingga 29 tahun. Statistik ini melebihi purata jumlah penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang terjebak dalam dadah, iaitu 205 kes dalam tempoh yang sama.


Apa dah nak jadi ni? Golongan terlatih dan terdidik mulai ‘mesra dadah’? Mana perginya akal dan fikiran? Seronok sangatkah hisap benda tu? Tidak terfikir dan terjangkaukah kesan baik dan buruknya apabila ingin meyentuh ‘dadah’ ini? Hendak di kata tidak berpelajaran, golongan ini bukan calang-calang status kerjaya dan pendidikannya. Hendak dikatakan tidak dapat bezakan baik dan buruk, rasanya bila disebut golongan profesional dan pelajar IPT sudah tentu bukan setakat tau bezakan baik dan buruk, rasanya malah lebih tau kesan-kesan bergambar akan buruknya! Ada antaranya lebih arif lagi kerana dari segi kerjaya,  ada yang berkerjaya ‘undang-undang’!

Aku tertanya-tanya apakah punca sebenar sebenar golongan profesional dan pelajar IPT terjebak dengan benda kerjaan syaitan ini? Terlalu lemahkah iman di dada?

Laporan menunjukkan antara faktor yang sama antara dua golongan berpelajaran ini boleh terjebak dengan dadah ini ialah faktor tekanan jiwa akibat masalah kerja dan keluarga. Dengan kata lain, faktor stress!!!!!! Soalnya adakah tidak ada lagi cara lain untuk menangani stress? Begitu berat dan besar sangatkah ‘stess’ sehingga hilang upaya untuk gunakan akal yang waras? Tidak terdetikkah hati… secuit perasaan sayangkan akan diri sendiri kalau tidak sayangkan keluarga dan agamapun?

Bila difikirkan, bila diamati .. tergambar masyarakat kini semakin sakit. Sakit kerana makin ramai sudah menjauhi diri dari ‘tiang agama’.  Makin ramai yang meringan-ringankan kerja fardu iaitu solat!!!!!!!

p/s – terus teringat semasa bersekolah menengah dulu … di depan mata, rakan-rakan memotong dedaunan kering. Dimasukkan ke dalam rokok lantas menyedutnya. Dan aku... syukur padaNya kerana sekadar melihat … 

15 comments:

Qib said...

he/ dadah ngn rokok samer x?
my dad is a smoker. sedih3.


Latest entry:
Jemputan Pink belog
Kambing untuk dijual!

annfrendly said...

Salam..
dadah ni musuh no 1 negara..
kalau stress macam mana sekalipun.. kena cari alternatif yang positif nak hilangkan stress..
betul.. apapun kena berbalik pada asas.. solat lima waktu.. pasti tenang :)

errr.. nasib baik cikgu tak ikut masa zaman sekolah dulu.. kalau tak.. tak tahulah ape jadi kan..

Idalara said...

Salam
memang selamanya tak faham mengapa ada artis,golongan pro juga terlibat dgn najis dadah ni..nak kata tak ada akal..ada..bijak pandai pulak tu..

CITY® said...

salam,

saya kesihan dgn mereka yg terlanjur terlibat dgn benda haram ni
mmg membunuh diri sendiri
pernah tengok sendiri penagih dadah yang kena aids dan mati dalam keadaan yang mengerikan..
sepupu sendiri
semoga Allah swt memaafkannya, amin

Rashid said...

PinQib
haha!! tak samale.. Cuma hukumnya sama, dua-dua haram .. itu yang difatwakan.
Bisik ngan ayah.. “ayah dahle isap rokok tu. bukan apa.. saya sayangkan ayah..”

Rashid said...

annfrendly
a’ahh ann kalau stress apa kata pergi berenang ke.. berkhemah ke, kuar jalan-jalan tepi pantai .. sambil tengok burung-burung berterbangan ngan kicauan suara merdu…

iya ann. Saya masih disayangiNya.. tak terpengaruh.. Syukur hingga sekarang merokokpun tak.. hehe

Rashid said...

Idalara
salam
Itulah kak. Dah berkeluarga.. nampak okey je. tapi terjerumus gak. Tak tau naper sebegitu jadinya.

Rashid said...

Bluecity
salam
hmm hmm.. mungkin sampai tahap dah tak terfikir akan baik buruk..

Sama-sama kita doakan agar semuanya kembali baik… semua penagih kembali ke jalanNya. Bersih ..

ILA HonEyBuNNy said...

salam cikgu...selamat ila perempuan....so xdak la jejala semua neh...he2...semua ini terpulang kepada individu itu sendiri....bila dah xfikir jauh dan matang...mcm tu la jadinya...rosakkan diri sendri...

Rashid said...

Honeybunny
salam

iya ila. Memang orang perempuan lebih lembut.. tapi risau juga kerna ia tak memilih.. bergantung pada diri sendiri. Pilihan terletak pada diri.

Pocket said...

seronok!!
kalau tak seronok, tak la sampai ada ancaman masuk jel bagai pun diorang duk stay isap jgak..

sampai dah tahu mungkin nak mampus pun diorang wat jgak, kira seronok lah tu..
adehlaaa..

eMMe said...

Salam Cikgu, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 53 " 1 Malaysia Menjana Transformasi".

Rashid said...

Pocket
ermm.. entahle pocket. saya cuma sedih je bila fikirkan .. kerna saya ada teman baik.. juga terperangkap dalam benda ni semua.

Hanya doa.. moga mereka diberi kesedaran dan kekuatan oleh Allah s.w.t agar kembali menjadi insan yang baik..

Rashid said...

eMMe
Yes!!!!!!!!! semangat Merdeka!!

Terima kasih eMMe ..

Anonymous said...

sedap..
besz..
nikmat..
belom cuba belom taw..
jgn pk -ve sajer..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search