Petang semalam terbaca satu dapatan kajian yang telah disiarkan oleh salah sebuah akhbar tempatan. Laporan itu mengatakan tentang bagaimana rasa cinta boleh membantu mengurangkan kesakitan daripada penyakit yang dihadapi. Dapatan ini merupakan hasil kajian penyelidik di Universiti Stanford California. Mereka menyelidik mengenai perasaan cinta yang berkemungkinan boleh bertindak sebagai ubat penahan sakit.
Satu eksperimen khas membabitkan 15 orang pelajar yang mengaku sedang merasai ‘cinta mendalam’ dijalankan dengan menggunakan blok suhu dan gambar kekasih masing-masing untuk mengukur tahap kesakitan peserta. Blok suhu itu ditetapkan pada tahap yang menyebabkan peserta mengalami kesakitan sederhana, kesakitan tinggi dan tiada kesakitan.
Hasil kajian sungguh mengujakan sekali. Ia menunjukkan bagaimana perasaan cinta membantu menghilangkan kesakitan apabila bahagian otak yang boleh mengurangkan kesakitan menjadi aktif semasa peserta melihat gambar kekasih mereka.
bila tengok gambar tersenyum macam ini .. pasti hilang kesakitan ..
Terdetik hati aku akan betapa hebatnya perasaan cinta anugerahi Illahi ini. Ia bukan saja dapat memberikan kekuatan dan motivasi di kala kesedihan dan rasa diri tak bermaya, malah dapat mengurangkan kesakitan yang dialami.
Aku agak setuju dengan kajian ini. Ini kerana selalu juga kita dengar dan baca, bila diri mencintai (dicintai?), langkah kaki akan semakin gagah dan berani. Itu sebab ada yang sanggup ke Lombok dan sedia menanggung apa saja kekurangan dan kesakitan.
Tapi pastikanlah perasaan cinta itu cinta yang suci, indah, berbalas dan diredhai. Bukan apa, dibimbangi jika cinta sekadar cinta nafsu dan suka-suka maka kesakitan akan bertambah parah lukanya.
Nampaknya kepada mereka yang sakit yang masih single itu, di samping makan ubat bolehlah tengok gambar kekasih hati (tengok gambar yang duk tengah senyum … bukan yang serius masam semacam je. Nanti bertambah sakitnya)
Kepada yang ada suami @ isteri, genggaman tangan dan pelukan dikatakan ubat yang amat kuat penawarnya. Apatah lagi senyuman dan kucupan mesra.. opss!!
Sakit kepala akan hilang …
Demam akan kurang …
Perasaan risau akan tenang …
16 comments:
Salam
yup! kak ida setuju sgt..cinta bisa merawat segalanya..duka lara sedih pilu, wajah sang pencinta sentiasa bercahaya dan bahagia....tapi pastikan bukan kita sj yg mencintai..mencintai dan dicintai..asalkan cinta itu berpegang dgn nilai2 murni..
hehhehe..mcm betul ajeeee.. =)
depends. kadang2, tgk situasi jgk macam mana. x semua gambar tu mampu membuahkan senyuman
kalau cinta dapat menghilangkan sakit..memanglah best kan..tapi bagaimana pula dengan cinta yg menyebabkan orang jadi sakit?? hehe..tlg jawab dr. love..
Salam..
Mungkin ada kebenarannya..tapi hanyalah pada cinta yg dibina atas dasar kasih sayang dan keikhlasan.. macam cinta Adam dan Hawa kann..
Awak?
Salam cikgu rashid...ehem ehem..cikgu tengah tengok gambar sape tuuuuu...hehe
Idalara
salam
Betul tu kak ida. Cinta perlukan 2 hati untuk bersama. Dengannya pasti segala keresahan akan hilang.. menjadi penawar ..
Sophie al-yahya
;) hehe .. kena kat sophie ek?
Fifi Rahmat
hmm hmm .. yup bergantung juga pada situasinya. Kalau dah sampai tahap sakit yang parah, terlantar kat icu rasanya senyuman dah tak de kesannya kot.. hehe
Marzalina
cinta menyebabkan orang jadi sakit? ermmm .. intan sakit kat mana tu? kat hati? hehe. Gurau je ..
Intan, cinta itu memang indah dan penawar. Itu tak dapat kita nafikan. Kan intan.. Cuma akan menjadi sebaliknya jika hati mula tersentuh terluka, terpisah terjauh ..
Apa kata cuba dekatinya. Berterus-terang padanya .. Segala kesakitan rasanya pasti akan terubat dengan usaha dan keterbukaan.
Rasanya tak salah dan tak rugikan bila kita terbuka bicara padanya ...
Dr love? mandai mandai je intan ni bagi istilah. Adoiii ..
Arianni
salam
Ari .. iya kasih sayang akan mengalir lembut bila adanya keikhlasan dan sedia terima seadanya.
Afida Anuar
salam
Fida.. hehe.. takdenya. Saja je ambik gambar preity zinta tu. Suka tengok lesung pipitnya..
tuuu fida duk tgk gambar sapa tu? ehemmmmmmmmmmm ..
salam..ya kadang2 cinta buat kita gembira...kadang2 ianya juga buat kita sakit...
Salam..
Cinta ibarat madu dan racun...
bergantung kepada situasi..
Cinta: adakala menghilangkan sakit...ada juga meninggalkan sakit..
perit..
Moga cinta yang suci kan abadi hingga nyawa meninggalkan diri..
Honeybunny
ila. kita gelak tawa kernanya. Kita marah kecewa juga kernanya.
kernanya juga bisa buatkan kita 'terbang tinggi-tinggi dah jauh'..
Beib
Sekarang memang agak sukar nak cari yang abadi dari dalam .. walaupun ia tetap masih ada dan cuba dipertahankan.
Moga ia dapat dikekal dan dipertahankan ..
Post a Comment