Followers

14 November 2010

Rahsia personaliti yang baik


Aku belek buku catatan kecil berwarna merah. Tercatat satu ungkapan tentang rahsia personaliti yang aku tulis semasa di tahun pertama belajar kat UKM.
Aku bacanya. Ungkapannya agak simple tapi sungguh bermakna rasanya.

Apabila ditanya mengenai rahsia personalitinya yang baik, seorang tokoh pemimpin yang berjaya pernah memberikan jawapannya;
“Saya tidak ada apa rahsia. Sebenarnya anda masih belum belajar mengenai hidup secara mendalam. Tidakkah anda perasan yang anda boleh memberi warna kepada kehidupan. Andalah yang boleh menentukan reaksi yang anda mahu dari orang yang anda temui…”

“Sememangnya amat mudah. Jika anda mahu mereka senyum pada anda, senyumlah dahulu. Jika anda mahu mereka mempunyai minat terhadap anda, tunjukkanlah yang anda juga berminat pada mereka. Jika anda mahu mereka memuji anda, pujilah mereka dahulu. Jika anda mahu mereka menaikkan suara mereka, naikkanlah suara anda dahulu. Mudahkan… Orang akan melayan anda seperti anda melayan mereka. Sememangnya tidak ada rahsia. Lihatlah diri anda. Anda akan dapat buktikannya apabila anda berjumpa dengan orang yang baru anda temui...”

14 comments:

Unknown said...

sama lah..jika anda mahu orang hormat anda,hormatlah mereka dahulu..

Chenta said...

Now, saya tersenyum ...
harap awak pun tersenyum ek !

Afida Anuar said...

Ahaa, betul gak tu cikgu rashid...

tapi kan, saya pula style ikut orang, kalau orang tu senyap, saya akan jadi senyap, kalau orang tu peramah, saya akan jadi peramah...depends kat orang dulu..(ada pulak mcm tu, hhuuu)

PS: cikgu nak carikan? wowww..hehe...

Rashid said...

Rozuan
a‘ahh wan .. tak salah kita merendah diri walaupun kita berada di puncak gunung ..

Rashid said...

Linda
Linda.. saya tengok je sana terus senyum ..
Masih senyum yg sama masa kita gurau-gurau dulu ..

Rashid said...

Afida Anuar
uisss mana boleh cam tu fida. Tak kira kalau dia senyap ke .. fida tegur dia dulu. Mulakan dulu. Boleh guna ayat gini ..
“Abang ..bang .. saya mau kenalan sama abg bolehtak? Nama saya afida .. panggil je fida. oh ya baik abang berterus-terang. Abg ni dah berpunya ke belum? .. ” hehe ..

DUN Behrang 2020 said...

Betul...betul...betul....

Rashid said...

DUN Behrang
DUN .. cuba tinggikan suara. Pasti ada auranya..

LadyBird said...

tips yg bgs..
kalu nak org syg kite..
kite kene syg org dulu..
kalau nk org cintai kita.. kite perlu cintai org dulu..

tapi kan cikgu, kenapa cinta hati saya x mencintai saya? sob3x.. hihihihi..

Rashid said...

Ladybird
cintai dicintai ..

iyake .. alaa kalau cinta hati x mencintai .. cari je pengganti. usah dibiarkan masa berlalu gitu saja. Kan masa itu sangat berharga untuk kita biarkan berlalu begitu saja.

Kan kumbang ramai .. pilih je. hehe (baguske idea ni??? adoiii. jahat cikgu ni..)

ILA HonEyBuNNy said...

salam cikgu...tips yg berguna..akan ila amalkan...

annfrendly said...

bagus entri ni..
saya selalu takut nak mula senyum dengan orang yang tak dikenali.. bimbang dia tak balas senyuman..
selalu jugak orang cakap saya sombong.. sebenarnye tak pun (",)

Rashid said...

Honeybunny
salam ila ..

psssttt jgn salah guna ila. Nanti ramai yang terpaku terkenang kat ila ..

Rashid said...

annfrendly
ann senyum je. tapi tgk juga situasi k. saya risau bila ann senyum ramai yg jatuh hati.. kan susah tuu..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search