Baca berita metro tadi
BERLIN: Bosan kerana sering diminta memuaskan nafsu isteri, seorang lelaki terdesak meminta tolong kepada polis supaya melindunginya daripada wanita terbabit, kata pegawai keselamatan semalam.
Jurucakap polis berkata, lelaki keturunan Turki - tetapi bermastautin di Jerman - itu pergi ke sebuah balai polis di barat daya Jerman pada Selasa untuk mengadu masalahnya. Kata jurucakap itu, lelaki terbabit bosan kerana terpaksa tidur di sofa rumah mereka sejak empat tahun lalu bagi menghindari isterinya.
“Semuanya gara-gara si isteri yang selalu menuntut mengadakan hubungan seks,” katanya.
“Lelaki terbabit meminta polis melindunginya untuk sementara kerana dia perlukan tidur yang cukup,”
“Lelaki terbabit meminta polis melindunginya untuk sementara kerana dia perlukan tidur yang cukup,”
Moral of the story
Kepada orang lelaki, jom renung-renungkanlah. Biasanya kita selalu baca dan dengar, orang lelakilah yang sentiasa tak puas. Sentiasa tak cukup. Tak cukup dengan yang satu. Kalau boleh nak tambah 2.. 3 ..
Kalau dah jadi begini, siapa susah? Sampai tak cukup tidur. Siapa pula yang nak dipersalahkan? Mana nak letaknya diri dan egoisme yang selalu ada pada diri? Kalau dah tau kedudukan diri, fikir-fikirkanlah. Itu belum disentuh soal kewangan lagi tu. Duit gaji tak sampai ribupun ada hati nak kahwin lagi, lagi dan lagi ..
Kelmarin, aku sempat berbual dengan seorang rakan. Dia ada seorang adik lelaki. Adiknya ada minta pendapat dengannya nak kahwin satu lagi. Tak taulah apa masalahnya. Dia dah ada 2 anak … Dengar khabarnya adiknya nak tambah satu lagi kerana kewangannya agak kukuh sekarang ini. Dia ada 20 ekar getah. Kan harga getah tengah melambung sekarang ini. Bagaimana pula iya kes macam ini?
uisss apa aku merepek-repek pada hari jumaat ini? adoiii ..
p/s – sebenarnya aku amat marah kepada lelaki yang tak mampu segi kewangan (tak campur segi lain lagi tu) tapi ada hati nak tambah lagi satu.
Ikutkan hati rasa nak tembak dengan senapang M16 je ..
22 comments:
Best kawin dua... tpi kadang2 xsanggup tengok isteri yg kita saya luka kt dalam.. kan.. bukan senang nak terima dimadukan..
bende cam tu pon repot polis.. ahaha... pindah rumah je la senang..
cikgu, huhu...sy pon marah! x sedar diri kdg tu kaum lelaki ni.!!! (xbleh komen byk2 bab ni..nnt emo kat sini..heheh)
lain pulak jadinye pada abang ipar saya.dia tak tambah isteri tapi tambah anak.gaji tak cecah pun ribu.sedih ah
salam cikgu...ila datang tersenyum ja..no komen..hehehhe
bagus....bagus...saya sokong 100%. tembak je. tapi kalau cikgu masuk jail lepas tu, saya tak campur. hehehe
sedihnya bila ada org nak poligami sebab dah katanya dah kaya dan mampu..kenapa perempuan selalu menjadi mangsa..
jika lelaki di tempat perempuan, mahukah anda berkongsi..
T___T
ahahaha. mcm neh pun ada? simpati jgk. 4thun tu.
Tembak jangan tak tembak,hehehe... kelakar pun ada cerita kat atas tu, sampai nak kena minta perlindungan polis.
salam bro... tak baik tembak.. dosa.. hehehe.. err.. tembak kaki tak pe.. tak mati... hehehe
kesian kat sumi die, terpaksa melarikan diri..
cikgu, sebab tu dalam Islam perempuan kene berkatan kan?
ada lady terbaca tentang tu.. tp x tahu di mana..
wan zulqhairi
wan .. sapa kata tak best kahwin 2..3 .. tapi ada tapinya ..
Cuma amati pengorbanan isteri .. susah senang bersama .. tapi time nak best sorang tuu terus nak tambah 2. Kalau mampu serba segi takper le .. tapi masalahnya yang tak mampu tu..
dak DEBAB
a’ahhh le. Rasanya dah terlalu penat fikir le tu kot sampai report polis..
psstt idea yang baik tu pindah rumah .. haha!!
Ada Dalina
sabar sabar .. (sambil senyum kat ada dalina ..) hehe ..
zety
Tambah anak apa okey .. tambahle setahun 3 orangpun takper .. (senyum lebar ..) …
Honeybunny
tau .. ila kalau senyum tentu ada sesuatu yg difikir tuu.. kan kan ..
Rumah Kuning
wah!! 100% tu .. nasib baik tak 180%..
lalink7
jika lelaki di tempat pompuan? ermm .. tak sanggup ..
Itulah lalink .. kasihankan ..
Fifi Rahmat
yup! 4 tahun tuu .. lari je dari isteri .. kasihankan .. nampak sangat dah tak mampu!!
aliadijamina
Alia .. kalau negara sedang dilanda darurat mau saya buatnya .. kuasa pada tentera.. hehe
Huszaini
Huszaini ..tembak kat kaki je? .. alaa tak bestle. Tak sedap ..
LadyBird
uisss soalan yang jujur tu.
a’ahh le lady, orang pompuanpun kena berkhatan .. itu juga salah satu matlamatnya. Kekang sikit nafsu membara tu .. (iyake ni??)
Post a Comment