Maaf kerana mengungkapkan ayat sedemikian. Maaf kerana ingin bicarakan sesuatu di sini. Moga pembaca khususnya kaum wanita di luar sana merenunginya.
Sebenarnya apa yang aku ingin maksudkan di sini ialah wanita yang jatuh cinta dan terlalu mempercayai cintanya adalah kadangkala boleh buatkan ia menjadi bodoh.
Aku tidak maksudkan untuk semua wanita. Tidak sama sekali aku salahkan wanita yang mempunyai perasaan sedemikian. Aku tau cinta wanita biasanya suci … ia mengalir ikhlas …
Cuma aku rasa perlu untuk bersama sejenak dengan wanita agar berfikir dengan baik bila perasaan cinta hadir. Fikir dan renungilah peristiwa dan kisah bersiri yang banyak berkisar berkenaan wanita hari ini. Bacalah … terlalu banyak buktinya. Terlalu banyak kisah wanita hari ini yang selalu dibohongi, dihina, disakiti, diperlakukan bagaikan tiada harga diri, dipukul, dipijak, digigiti, disimbahi … dicabul, dirogol, dibunuh dan dibakar sesuka hati.
Rasanya terlalu banyak yang sudah kita baca dan lihat. Baca dan lihat bagaimana hati seorang wanita disakiti kerana terlalu mempercayai akan cintanya.
Aku akui wanita memang insan yang hebat. Hebat kerana terlalu setia pada cintanya. Baginya hanya satu. Tiada dua. Apatah lagi tiga. Cinta baginya terlalu suci dan indah. Tiada yang indah selain cintanya. Dipertahankan habis-habisan walau ia jelas salah. Dihadapinya biar apapun cabaran dan hinaan serta kesakitan yang dialaminya.
Cuma aku mohon… luangkanlah sedikit masa untuk berfikir bila cinta itu hadir … dan ‘bila cinta tak lagi untukku …’
Wanita hari ini …
Wanita hari ini perlu sedar dirinya terlalu berharga untuk dihina disakiti
Wanita hari ini perlu sedar jangan biarkan hati mudah hanyut terbuai
Wanita hari ini perlu bijak menolak bisikan cinta berhawakan nafsu
Wanita hari ini perlu sedar kesetiaannya bila bercinta ada batasnya
Wanita hari ini perlu sedar usah biarkan diri terpenjara dikongkongi
Wanita hari ini perlu sedar hadir dirinya perlu dirasai dan dihormati
19 comments:
Tak tahulah kenapa wanita zaman sekarang ni,senang sangat percayakan kata kata manis lelaki, kadang kadang tu, belum kawin dah kena pukul tapi masih juga nak teruskan, dengan harapan lelaki tersebut akan berubah selepas kawin...
Agaknya ramai yang takut jadi andartu kut sebab zaman sekarang lebih ramai perempuan dari lelaki kerana itu,rela diri diperkuda ,serta diperhamba....
btul.
wanita sangat setia pada cintanya.
memang cinta itu indah.
tapi cinta itu tak bodoh.
Dalam diri ini sentiasa ada CINTA .
:)
Bila cinta itu hadir
Adakalanya emosi mengatasi minda.
Adakalanya dalam bijak,ada yang mengaburi kewarasan fikiran..
Bodoh sebab dia tak belajar bab cinta...patutnya sebelum bercinta, kena mendalami ilmu cinta dulu, baru tak jadi bodoh..heh!..ke gane cikgu cinta? eh cikgu rashid;)
hehe
cikgu nurin
Itulah .. sepatutnya wanita kuat dan cuba melawan situasi yang menyakitkan itu. Usah biarkan diri dianiayai sebegitu rupa ..
Sukar sebenarnya nak fahami hati wanita ..
mardhia yusof
Benar mardhia .. makin indah jika sipelakunya menghargainya ..
Linda
tau .. cukup fahaminya bila tengok linda senyum
.. ;) kan kan ..
Hana Nasir
Hana.. bila diri dikuasai emosi .. maka agak sukar membuat keputusan .. kabur ..
Afida Anuar
ermm .. tentang ilmu tu nampaknya kena belajar ngan fida ni.. fida tentu arif bijaksana..
wanita kan senjata cinta :)
slalu mengenang nasib diri.. =))
cinta seorang wanita pastinya tulus ikhlas..kerana itulah wanita mudah diperbodohkan...=(
huhu..tersentuh! :(
wanita itu indah...
namun tersungkur dgn kata2 nista lelaki...
hehe..
org lelaki pon tk baik la nk ayt2 pompuan dgn macam2..berpada2 la kan..
saje je..tiada kaitan dgn hidup atau mati ye..:) tk cre CR
Mimie aiza
wanita senjata cinta? wah rasa nak buat je entri tajuk ni .. menarik ..
lalink7
apa yang dikenang tu lalink?
Marzalina
Intan, lepas ni .. harap-harap semua wanita mula bangkit! jangan mudah diperkotak katikkan..
Mommy Otai
iya farah .. wanita perlu tunjukkan kat orang lelaki .. wanita professional ..
Post a Comment