Followers

26 February 2011

Kaki bakal isteriku akan dipotong ...

Petikan kisah benar ...

“Saya mohon dipanjangkan jodoh dan dikuatkan semangat untuk terus menjaganya hingga ke akhir hayat ..”

“42 hari berada di hospital… saya setia di sisinya. Memakaikan baju, menyuap makan minum dan memberi sokongan moral padanya”.

“Memang ada suara dari kawan-kawan supaya saya berfikir 2 kali untuk menerimanya sebagai isteri ...”

Namun baginya cintanya sejak 2 tahun yang lalu itu begitu utuh. Tak terusik dengan dugaan. Tak terusik dengan kata-kata dan tanggapan. Hatinya tak berubahpun walaupun berita sedih diterima yang kaki bakal isterinya itu perlu dipotong sehingga ke paha akibat kemalangan.


Aku terkesima merenungi kisah ini …

Aku agak terharu dengan kesetiaan dan kasih sayang suci yang ada pada diri lelaki itu. Cinta yang dilayari selama 2 tahun terbukti bukan sekadar berhawa nafsu. Ia bukan sekadar tarikan fizikal dan paras rupa. Ia kisah cinta yang suci. Penuh keikhlasan. Penuh rasa tanggungjawab.

Terus teringat. Kisah ini sama dengan satu filem hindi, Maan. Filem yang pernah buatkan aku menitiskan airmata (bukan menangis okey.. menitis je tau.. )

Tapi ini bukan filem. Ini kisah kenyataan. Kisah yang terjadi di Malaysia. Kisah dari negeri Pantai Timur. Kisah kemalangan yang menimpa bakal isteri. Kisah kehilangan kaki bakal isteri yang perlu dipotong sehingga ke paha ..

Terdetik hati...  kemalangan itu menimpa bakal isteri .. belum menjadi isteri lagi .. namun kesetiaan dan cinta itu mengatasi segala-galanya.

Bukankah ini buktinya akan kesetiaan dalam cinta dan tanggungjawab bila bercinta itu masih ada tersemat dalam diri? Walaupun berita semasa kian dimomokkan dengan sifat ketidak perikemanusiaan lelaki / suami yang semakin menjadi-jadi namun sebenarnya sifat dan kasih sayang itu masih tetap ada ..

Moga sifat dan kasih sayang itu semakin mekar pada setiap diri orang lelaki / suami  …

24 comments:

Unknown said...

bertuahnya popmpuan tu dpt laki mcm ni..sgt setis menunggu dan cintanya ikhlas..

Cikgu Nurin said...

Masih ujud lagi rupanya cinta setia...teringat kisah kawan saya yang kemalangan ditimpa pokok besar, belum doktor buat apa-apa diagnos lagi, si tunang kawan saya dah putuskan pertunangan, takut kawan saya jadi cacat. Padahal, cuma patah saja ( mmg patah teruk, tapi dah boleh berjalan pun, berdengkot pun tak ), bila tengok kawan saya ok, dah nak sambung balik...kawan saya kata OK, BOLEH......BOLEH BLAH...!!!

psst...mengalir air mata tu, tak sama rupanya dengan menangis yeee...hhmm baru tauuuu...( - _ * )

cek chun said...

selain dok papar cerita pasal suami bunuh isteri, isteri tetak suami, sepatutnya media paparkan juga berita macam ni. tunjukkan bahawa banyak lagi insan mulia dalam malaysia nih yang boleh dijadikan contoh teladan.

ILA HonEyBuNNy said...

amin..moga diri ini dapat suami yg baik n soleh...;-)

zety said...

=)

tapi bukan semua org mmpu meghadapi.

Mardhia Yusof said...

sedihnya.
tak dapat bayangkan kalau sy jadi pompuan tuh.
dan laki tuh memang sangat baik!
sebab cinta dan kasih sayang atasi segala-galanya.



p/s: semua kongsi la cikgu.baju, mekup, tudung.. cuma makanan je tak leh kongsi. hahah

Adinda Amy Sensei said...

teguhnya cinta lelaki ituu...

Ain Zulaikha said...

kalau dah cinta, dia mesti akan terima kan? sebab kita cinta dengan diri dia.. bukan dengan anggota badan.. tapi tak tahu lah, manusia kan..

Rashid said...

Rozuan Ismail
Betul tu wan .. rasanya semua kita mahukan yang setia dan ikhlas kan dalam hubungan ..

Rashid said...

cikgu nurin
Hah! apa le tunang cam tu. Itu belum kahwin lagi tuu ..
Rasanya memang tepat sekali tindakan kawan cikgu nurin tu. Ajar sikit lelaki cam tu ..

psstt .. yup! tak sama. Menitis airmata tu ia hanya keluarkan airmata spontan.. menitisnyapun manja je.. airmatapun comel ..

Manakala menangis tu biasanya ada suara. Sikit terisak-isak .. sebak .. haha!! iyake ni??

Rashid said...

cek chun
Saya setuju amat .. isu semasa yang negative kalau terlalu banyak dipaparkan kat media ia akan menjadi satu rutin .. budaya .. yang lama-lama akan dianggap biasa je berlaku ..

Sepatutnya banyakkan paparan kisah kebaikan .. kesetiaan .. keikhlasan .. kasih sayang ..

Rashid said...

Honeybunny
Saya doakan utk ila .. moga dapat suami yang baik dan setia selama-lamanya walau apa yang mendatangi ..

Rashid said...

zety
hmm hmm .. memang sayapun rasa sebegitu zety .. tak semua mampu kuat dan tabah sebegitu ..

Rashid said...

mardhia yusof
Memang sedihkan mar .. beruntung yang dpt kesetiaan dan keikhlasan sebegitu ..

p/s – oooo gitu ek… Semua kongsi kecuali bab bab makanan. kadakut ni .. hehe.

Perasaan kongsi jugake?

Rashid said...

Adinda amy sensei
Tak semua mampu begitu kan amy ..

Rashid said...

Ain Zulaikha
Ain .. cinta yang ikhlas .. dari hati pasti segalanya akan diterima ngan hati yang tenang.. redha ..

Tapi jika hanya cantiknya fizikal pasti akan berubah hati ..

A.s.t.i.n.a said...

Bermulanya sebuah kehidupan yang benar2 menduga.. semoga si suami lebih tabah ..

Rashid said...

Astina
Astina .. moga-moganya. Kehidupan yang teruji ..

n@jwamz said...

nice n3!!cinta sejati.. Subhanallah...baiknya lelaki tu.. Adakah dalam dunia hari ni wujud lelaki sepertinya..
Pada Allah saja ku mohon agar cinta aku & bakal suami kelak mekar ke syurga biar apa pun yg terjadi.. :)

Raden said...

bagusnye sifat lelaki camtu..smoge mereke bahagia hingge ke akhir hayat

Mardhia Yusof said...

yerp!makanan kalo share mmg lagi best!
tapi tak cukup. hahah
isssk.
perasaan tu tak kongsi laa..
tuh mana bleh share.
;p

Rashid said...

najwamz
ermm.. ada .. kita kena yakin akan itu ..

Moga najwamz bersamanya hingga ke akhirnya ..

Rashid said...

Amira Naddia
Amira .. bertuahkan kalau dapat gitu .. setia bersama biar apapun terjadi .. redha ..

Rashid said...

mardhia yusof
mar ni tentu makan banyak ni ....

Tang tuu pun kena kongsi juga mar kalau tak .. malatops nanti!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search