Followers

02 March 2011

Kisah anak kecil bernama Bar’ah ..

Malam tadi -  beli majalah Al-Islam, keluaran Mac 2011.

Terlihat gambar comel anak kecil ..



Siapa anak kecil ini? Apa yang menariknya si anak kecil ini? Wajahnya tenang.. mendamaikan sekali ..


Izinkan saya berkongsi kisahnya di sini. Kisahnya begitu terkesan di hati saya …

Bar’ah namanya. Gadis kecil berusia 10 tahun. Seusia mentah, tapi anak kecil ini cukup matang dan tenang berhadapan peristiwa tragis dalam hidupnya. Seusia 10 tahun, beliau telah berjaya menghafaz al-Quran. Membaca al-Quran adalah ‘sajian’ utamanya. Pesanan ibunya sentiasa dalam ingatannya…

“Anakku Bar’ah, aku akan pergi ke syurga di depan kamu. Tapi aku ingin kamu selalu membaca al-Quran dan menghafalkannya setiap hari kerana ia akan menjadi pelindungmu kelak …”

Ujian bagi Bar’ah bermula apabila doktor mengesahkan ibunya mengidap kanser yang berada pada tahap akhir. Tiada apa yang boleh dilakukan melainkan saat menanti kematian. Pada menanti saat itulah, Bar’ah menggunakannya untuk membaca al-Quran setiap kali dia pulang dari sekolah dan menziarahi ibunya yang terlantar sakit di hospital.

Ujian terus menimpa Bar’ah apabila suatu hari apabila kebiasaan dia dan bapanya melawat ibunya, ketika melintas jalan, bapanya dilanggar sebuah kereta lalu menghembuskan nafas terakhir di situ. Bayangkan tangisan si anak kecil yang meratapi kematian si ayahnya di depan mata. Berita kematian ayahnya tidak diberitahu kepada ibunya kerana khuatir ia akan menjejaskan kesihatan si ibu.

Lima hari berlalu dan waktu sampai ajal si ibu, si ibu masih tidak mengetahui si suami terlebih dahulu meninggalkannya. Begitulah cekalnya Bar’ah dan tenangnya dia berhadapan situasi tersebut.

Bar’ah diuji lagi. Setelah kematian kedua-dua orang tuanya, Bar’ah melalui ibu bapa kawan-kawan di sekolahnya berusaha mencari warisnya di Mesir. Tidak berapa lama tinggal di Mesir, Bar’ah juga dikesan mengidap kanser. (kanser mula tersebar kat otaknya…) Namun berita tersebut sedikitpun tidak menakutkannya. Sebaliknya dia berkata tenang:

“Alhamdulillah, sekarang saya akan bertemu dengan kedua-dua orang tua saya ..”



nota: Salah satu saluran TV Islam (Al Hafiz – The pelindung) berjaya berhubung dengan gadis kecil ini dan memintanya untuk membaca Quran … dan ini adalah suara yang indah yang di lantunkan oleh bar’ah …


19 comments:

Marzalina said...

sayu dan sedihnya kisah anak kecil ni kan...betapa dalam kehidupan kita akan selalu di uji dengan pelbagai ujian..moga Allah merahmati anak itu.

A.s.t.i.n.a said...

Sangat sedih... menginsafkan.. naluri seorang ibu takkan sanggup membayangkan anaknya begitu.. Ya Allah moga kita dilindungi

Adinda Amy Sensei said...

bar'ah yang comel..begitu tabah hadapi kehidupan...mehnah hidup dtg bertandang....

Cikgu Nurin said...

Subhanallah..Subhanallah..tergenang airmata saya....anak sekecil itu...?

Dialah yang akan memohon ganjaran syurga dari Allah untuk kedua orang tuanya...

Cikgu Nurin said...

Cikgu..boleh saya share di blog saya...?

*tak tertahan hati melihat anak comel ini...tenang sekali dia...*

Anati Soki said...

entry best!!! sama2 kita amek pengajaran :)

ahmad humairi said...

assaloamualaikum,

moga bar'ah terus tenang menemui kedua ibu bapanya.

azza_irah said...

As salam..
utk yang pernah bernama sahabat..
moga tenang dan damai2 saja..

Raden said...

tabahnye die...kalau sy..da nangis guling guling. sy tak tabah cam die..

Unknown said...

Salam Rashid.

Uncle jemput Rashid ke Majlis Kahwin Along pada 13.3.11 di Dewan PPK dari jam 12 tengahari sehigga 6 petang. Silalah datang.

Rashid said...

Marzalina
Iya intan. Anak sekecil itu dah alami semuanya itu. kasihankan ..

Rashid said...

Astina
Anak comel .. tenang menghadapi ketentuan dariNya.

Rashid said...

Amy sensei
bagaimana iya kita jika dibandingkan bar’ah ..

Rashid said...

cikgu nurin
hmm hmm .. cikgu nurin alangkah bahagianya ibubapa dapat anak sebegitu tabahkan. Tenang mata melihat ..

okey cikgu nurin. Ambik je .. share .. moga kita sama-sama mendapat kekuatan dari kisah ini..

Rashid said...

Anati soki
Yup! sama-sama kita merenunginya ..

Rashid said...

ahmad humairi
w’kum ..
Kita doakan yang terbaik utknya ..

Rashid said...

azza irah
w’kum
Terima kasih azza atas doa ..
Moga azza pun ..

Rashid said...

Amira Naddia
Nangis guling-guling? .. hehe .. mandai je amira ni ..

Rashid said...

mountdweller
InsyaAllah uncle .. kalau ruang mengizinkan ..
Apapun terima kasih atas jemputan ..

Tahniah!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search