Followers

15 March 2011

Bumi semakin marah dengan manusia ..

Malam tadi,  jam 10:20,  aku terima sms dari seorang kawan.

“A nuclear power plant in Fukumi, Japan exploded at 4:30 am today. If it rains tomorrow or later, don’t go outside. If you are outside, be sure that you have rain protectors. It’s acid rain. Don’t let it touch you. You may burn your skin, lose your hair or have cancer. Please pass, stay safe and remind everyone you know.”

Mula-mula baca sms sedikit terkejut. Begitu sekali kesannya ..  dan bila difikir ia tidak mustahil sebenarnya kerana jarak ruang udara sebenarnya tidaklah sejauh mana ..

Apapun kita tak payah panik. Bila baca berita dan blog kat internet .. penafian telah dikeluarkan berhubung dengan sms tersebut.
 


Terus terang memang aku terkesima dengan situasi yang berlaku di Jepun. Gempa bumi, tsunami dan kebakaran yang telah mengorbankan beribu-ribu nyawa dan memusnahkan harta benda itu menandakan satu petaka dunia sedang melanda manusia.

Kerisauan semakin menerjah bila ditambah lagi dengan siri letupan reaktor nuklear di Japan …

Tadi, hampir 1 jam setengah aku layari berita gempabumi dan tsunami di Japan kat internet .. pelbagai saluran berita aku buka. Berita tempatan, berita Jepun, Berita al-jazeera, dan bagai lagi. Sekadar nak tau situasi.

Buka laman web Guardian.co.uk tengok video tsunami yang sungguh dramatik yang sempat dirakam oleh jurukamera amateur.

Tengok juga ..


Sukar nak bayangkan situasi …  Kita perlu merenunginya…

Nampaknya bumi sekarang semakin marah dengan manusia. Kita perlu memanjat doa moga dunia kembali aman dan damai …

Takziah kepada mangsa …

12 comments:

eMMe said...

sape tak marah cikgu
kalo saya jadi bumi saya pun marah
melakukan kerosakan dan memusnahkan hidupan di bumi, sehingga menjejaskan ekosistem, ni la akibatnya, udah terhantuk baru tegadah, erkkk..betul ke ayat ni?
heeee~

Anonymous said...

seram tengok...:(

Adinda Amy Sensei said...

takutnye..

Cikgu Nurin said...

Memang menakutkan, kalau Allah dah menurunkan bala...tiada apa dapat menghalang...

*dua anak saudara saya menetap di sana..Tokyo*

Mardhia Yusof said...

nak share dgn cikgu link kawan saya.

http://kangkuit.blogspot.com/2011/03/tsunami-jepun-disebalik-al-quran.html

subhanallah.

ahmad humairi said...

marahkah bumi pada aku,
kerana aku juga manusia,
sepertimu.

Rashid said...

eMMe
‘ahh eMMe .. bumi marah .. merajuknya dah lama sangat dah .. sekarang bumi tak tahan pendam ..

Rashid said...

Jill Ah
Jill Ah .. itulah kenyataannya .. hidup kita ini hanya sementara jua ..

Rashid said...

Adinda Amy Sensei
Itulah .. bila bumi marah ..

Rashid said...

cikgu Nurin
Moga anak sedara cikgu nurin baik-baik je .. tentu diorang ada citer ..

Rashid said...

mardhia yusof
Mar ..nanti saya tengok ..
terima kasih ..

Rashid said...

ahmad humairi
bumi marah kerana rakusnya tangan-tangan manusia ..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search