Followers

09 March 2011

RM40,000.00 hanya beberapa minit je ..



Kat kantin, tengah sarapan pagi – sempat mendengar isu semasa dan terkini dari rakan sekerja, Ustaz Wan Mat Isa. Kisah yang baru berlaku pada seorang pakcik kat kampungnya.

“Pakcik .. boleh tumpang tanya .. pakcik tau tak mana rumah cikgu Hasrinah?” tanya seorang wanita dari dalam sebuah kereta.

“Pakcik tak tau ..” jawab pakcik.

>>>>>>>>

Wanita tersebut terus berbual dengan Pakcik. Lama juga kami berbual. Kemudian pakcik terus balik rumah ambil buku bank. Terus naik kereta wanita tersebut. Sampainya di bank, pakcik ke kaunter. Pakcik keluarkan wang simpanan pakcik sebanyak RM40,000.00.

Duit itu kemudiannya terus pakcik serahkan kepada wanita tersebut yang sedang menunggu dari dalam kereta.

Sebaik saja dapatkan wang, wanita tersebut yang ditemani 2 orang lelaki terus tinggalkan pakcik.

Kemudian pakcik baru tersedar …

“Entahlah macamana pakcik nak bagitau makcik … tentu dia marah ..”

Begitulah kisah seorang pakcik yang dipercayai telah dipukau. Wang perniagaan kecil-kecilannya yang disimpan sejak sekian lama terus lesap hanya beberapa minit je ..


p/s –  Pernah baca akhbar, hanya berjabat tangan terus serahkan wang dan barangan kemas. Pernah juga baca majalah, kerana sebiji epal, terus tinggalkan keluarga ikut lelaki Lombok ..

18 comments:

suria lekatlekit said...

bahaya ilmu pukau ni.. sebab tu sy lg selesa org ckp sombong dr berbual x tentu pasal dgn org yg x kenal

NUFFNANG TOUCHING DENGAN HEARTBEAT???

Mardhia Yusof said...

hmm.mcm2 skrg.
kesian kat pakcik tuh.
RM40ribu tu.
bukan rm40..isssk.
kalo sy, tak tahu la cmne nak buat.
kena hati2 je la skrg ni.

A.s.t.i.n.a said...

Maka ada hikmahnya saya takut keluar ke sana ke mari keseorangan..

Kalau di Kuching, kat bank sekarang semua pegawai bank alert ttg ini andai ada yang cuba mengeluarkan simpanan walaupun setakat 10k. Masa mak gi bank nak kuarkan ASB dorang tanya, makcik bersama siapa.. makcik nak letak duit ni kat bank maner, nanti kita bantu...

Disebabkan terlalu byk kes pukau sebelum ini.. Maka pihak bank turut cuba memainkan peranan.

pB said...

begitu ramai yang telah menjadi mangsa

ahmad humairi said...

assalamualaikum,

boleh jadi mereng dibuatnya.

My Self said...

bahaya la mcm ni kan,,,kene lebih berhati2 kalau libatkan duit,.,,jenayah dmana2..;p

Cikgu Nurin said...

Ya Allah, kesian pakcik tu..duit hasil titik peluh dia agaknya yang disimpan bertahun...

Rashid said...

The lekat lekit story
hehe.. sombong ek ..
Betul tu. kalau cakap ngan orang tak kenal kena waspada .. kena ada ayat pendinding diri ..

Rashid said...

mardhia yusof
Mar .. 40 ribu tu boleh pergi honeymoon mana-mana iya ..
Tentu nangis sakan kalau hilang gitu.

Rashid said...

Astina
Itulah yang terbaik sebenarnya astina. Jangan kuar sorang-sorang.. mesti berdua bertiga ..

ooo bagusnya pihak bank kat kuching ya.. kalau bank sini tak de nya nak tanya gitu ..

rasanya pihak bank sinipun kena ikut cara cam tu juga. Sekurangnya ada usaha kan ..

Rashid said...

pB
itulah .. ilmu pukau ni susah kita nak tau ..

Rashid said...

ahmad humairi
mereng terguling guling ..

moga kita semua dijauhi dari terkena ilmu pukau pukau ni ..

Rashid said...

Nanie
Nanie .. jenayah duk ngintai kita je .. tambahan kalau kita nampak ada banyak duit .. bawa beg duit besar-besar berkilat lagi tu..

Rashid said...

cikgu nurin
hmm hmm .. tak boleh nak gambarkan perasaan pakcik tu ..

Polis pun tak tau nak wat pe pe..

Mardhia Yusof said...

rm40k tuh sy bleh bayar hutang ptptn kot!ahah.
byk benda bleh buat dgn duit byk tu.
bayar downpayment rumah,kete,saving.

ouh.bagusnyaa bank kat kuching.
mak sy banker gak. tapi tak tahu la kat trg buat cmtuh ke tak.nnti tanya mak.tehee.

:: cikNuurul :: said...

salam,.komen d sni untuk prtma kalinyer,.hehe,.

nauzubillah la jd cmtu,.ade yg kene pukau dengan hembusan asap rkok, sntuh kt bahu,.mcm2 skang ni,.mntak jauh,.sy xberani kuar sorg2,msti ngn famly atau kwn2,.hehe

Rashid said...

Mardhiah

Hutang ptptn? hehe..

oo mak banker rupanya. Mar ni tentunya pakar juga bab duit duit ni. Pakar ekonomi ..

Rashid said...

Hatyciknuurul

Terima kasih nurul ..

a'ahh sentuh kat bahupun boleh jadi juga. Bahaya tul ..

Saya benci asap rokok..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search