Petang semalam terdengar suara seorang ustaz kat radio .. ayatnya lebih kurang begini:
“Seorang lelaki yang sedang dilamun cinta jika dilemparkan ke tengah lautan maka ia akan membawa pulang seekor ikan. Seorang lelaki yang sedang dilamun cinta jika ia dilemparkan ke gedung makanan maka ia juga boleh mati kelaparan ..”
Aku cuba memahami maksud yang tersirat … apa agaknya ia?
Menurut ustaz itu lagi, semua orang ingin bercinta, menyintai, dicintai dan akan jatuh cinta. Tak kira tua tak kira muda. Semua orang akan ada perasaan cinta kecuali orang itu orang gila …
Tiba-tiba aku teringat, masa aku budak-budak dulu aku pernah tengok seorang ‘orang gila’. Orang gila itu lelaki. Aku gelarnya ‘orang gila’ kerana semua orang pada masa tu panggilnya ‘orang gila’. Tapi aku pelik, kerana orang gila itu ada pasangannya, seorang perempuan. Cuma perempuan tu orang ramaipun panggilnya ‘orang gila’ juga. Diorang selalu bersama ke mana saja. Berpakaian koyak rabak dan selekeh tak terurus. Selalu kutip bahan buangan.
Berbalik pada ustaz tadi, orang gila tak ada perasaan cinta .. jadi adakah ‘orang gila’ yang aku tengok masa budak-budak dulu tu adalah orang gila yang benar-benar gila? Ini kerana ‘orang gila’ tu ada pasangannya yang juga ‘orang gila’.
Ada orang kata jangan selalu fikirkan orang gila. Nanti semua orang akan jadi gila. Tapi bagi aku, ramai juga sekarang ini orang gila yang tak nampak gila tapi ia sebenarnya memang orang gila.
p/s – aku suka perhatikan orang gila. Tapi hingga kini masih hairan bila melihat gelagat orang gila apabila ingin melintas jalan. Ia tak melintas selagi ada kenderaan sedang bergerak. Takut kena langgar kot. Nampaknya orang gilapun masih mampu berfikir soal keselamatan diri .. kita camana pula ya?
16 comments:
Ada kwn sy time skulah dulu.. Pndai, cerdik, bijak sumela.. Pastu da lme tak jmpe die kan.. Pahtu tau2 die da gile.. Sbb die putus cinta.. Terkezut.. Die jd gile sbb bnda yg tak sepatotnya.. Nauzubilah~
hehe. perenggan last tu, i x pernah terfikir. tp betul jgk kan? masih ada logik disebalik kegilaan mereka.
orang gile menakutkan :D
gila memang ada banyak kategori dik...
yang paling gila ialah orang yang tak gila tapi sebenarnya lebih gila dari orang gila...lepas tu tak mengaku yang dia gila!
ahhh..gila!
semua terpulang pda sang pencinta..mcmmana dia nak jadikan diri dia..pndai2 lah berfikir :)
hahaha.jat pn suka tgk org gile tau!tp ma marah sgt bl jat cm2.haha
kdg2 kesian tgk org mcm tuh..
mesti ada kisah atau sejarah dlm hidup dia..
walaupun golongan ni kurang siuman,tapi masih ada akal fikiran.
sbb tuh bleh fikir lg.. cuma kurang waras..
orang gila kat dengan rumah ni, dia suka panggil perempuan dengan nama fatimah.. hahahah tak fahamm... mana lah tau dia ada bercinta kan.. hahahhaa
Liyana Zahim
iyake liyana .. kasihankan. Itulah cinta bisa jadi penawar dan racun kan ..
fifi rahmat
Fifi .. sukar untuk kita fikirkan itu semua. Di sebalik ‘kegilaan’ mereka ada lagi ‘warasnya’ ..
syrupmasin
Orang gila ada banyak gilanya. kalau gila suka pukul orang tu bahaya juga .. tapi kalau gila untuk dirinya saja takde apa-apa ..
hazeleyed lady
hah! ‘orangnya tak gila tapi sebenarnya lebih gila dari orang gila ..’ .. hehe. confirm orang inilah yang gila. Gilerr .... susahkan kalau jumpa orang gilerr cam tu.
wanda arry
hmm hmm .. sang pencinta boleh jadi apa saja kerana cinta..
Saya tgk orang yang bercinta macam-macam ada .. saatnya sentiasa senyum. Adakalanya sedih je ..
zati embong
jat .. tengok je takper. Jangan marah orang gila dah ..
Mak jat tu sebenarnya risau. Nanti jat dikejarnya dek orang gila tu ..
Mardhia yusof
Tentunya mar. Sejarah silam bisa merubah dirinya. Bila akal dah tak mampu mengawalnya dan bila iman tiada dalam diri ..
Ain Zulaikha
uiss tu tentunya dia teringat kat fatimah. Mungkin isterinya. Mungkin kekasihnya ..
Nasib baik dia panggil fatimah. Kalau dia asyik panggil ain zulaikha camana agaknya ia. Tentu terkejut kan. Kalau berdepan tentu lari bukan main .. hehe
Post a Comment