Baca berita metro semalam ..
WASHINGTON: Adakah Osama bin Laden ditembak dengan peluru yang direndam dalam minyak babi? Begitulah yang dipercayai oleh sebuah syarikat yang terbabit dalam menjual minyak senapang mengandungi lemak babi.
Rifle HK416 dipercayai senjata yang digunakan untuk bunuh osama
Menerusi laman webnya, pemilik syarikat ‘Minyak Senapang Silver Bullet’ mendakwa minyak yang dikeluarkannya mengandungi 13 peratus lemak babi, menjadikannya produk yang berkesan untuk memerangi militan Islam. Peluru ini dikatakan ditakuti oleh militan Islam kerana orang Islam yang mati akibat terkena tembakan peluru bersalut lemak babi ini dikatakan tidak akan masuk syurga.
Laman web berkenaan juga menyatakan, tentera Amerika Syarikat adalah antara pelanggannya. “Beribu-ribu botol minyak senapang Silver Bullet diagihkan sejak Julai 2004 oleh pembuatnya kepada anggota semua cabang tentera Amerika Syarikat,”
Aku agak terkejut dengan berita ini. Terus teringat peristiwa Dahagi India …
Dahagi India iaitu peristiwa pemberontakan terbesar yang pernah berlaku di India. Ia berlaku sekitar tahun 1857. Pemberontakan ini melibatkan rusuhan golongan tentera tempatan menentang Inggeris di India. Antara lain faktor bangkitnya rusuhan ini ialah faktor penggunaan senapang Rifle Royal Enfield yang diperkenalkan oleh Inggeris.
rifle royal enfield 1857
Masalah timbul apabila peluru yang digunakan senapang ini hendaklah digigit terlebih dahulu (bite the bullet) sebelum boleh dimasukkan ke dalam senapang. Di percayai bahawa peluru tersebut telah disapu dengan minyak babi dan lembu. Ini telah menyentuh isu keagamaan dan kebudayaan tradisional rakyat India. Keadaan inilah yang membangkitkan rusuhan dan penentangan terhadap Inggeris oleh tentera Hindu dan Muslim di India.
Aku terfikir .. itu tahun 1857. Kini tahun 2011. Adakah sejarah berulang kembali? Adakah minyak babi jenis ini masih digunakan oleh pihak tentera negara Barat sehingga sekarang? Bagi aku ini satu pendedahan yang amat mengejutkan dan menyedihkan. Jika benarlah berita ini maka jelas terserlah bagaimana pihak Barat tetap mempunyai agenda yang licik dan tersembunyi terhadap negara dan orang-orang Islam.
16 comments:
Kmatian die ni misteri lg.. Tatau mne stu btol mne stu slh.. Lau btol die wujud n mati, doakanlah dia smga tenang dan aman..
dari dulu smpai skrg,diorg memang dendam dgn kita kan.
slm support n3 kawan2!tulah kite baru sgt2 belek metro semalam punyer.mmg terkejut baca!!!apa kuasa org barat utk menentukan arwah osama masuk syurga ataupun tak?itu semua kuasa Allah.takde yg mustahil bagi-Nya!MMg semakin benci pada org barat/yahudi.jom baca review buku ni;
http://born2touchurheart.blogspot.com/2011/06/buku-rahsia-simbol-yahudikorang.html
hmmm macam2 hal. tapi 1 penghinaan. huhu
dia orang ni kalau nak tembak tembak lah orang jahat.. suka sangat tembak orang tak berdosa.. sampai nak bunuh2 orang pulak.. takpe, dunia dia menang lah, akhirat nanti
orang kafir ni ingat orang islam takut dgn babi...dah mati syahid di jalan Allah konfirm masuk syurga...
org kafir dia kalau bleh nak hapuskan org islam..sbb tkut kita fight dgn lepa..lepa kan tkut bperang sbb tkut mati..
alaa..Allah tidak sezalim itu. Kalau da mti kne tembak peluru ade babi pon xkn la sng2 masuk nerake..lagi2 mati syahid..ini la org kafir yg tak tau pape tp blagak cam tahu sume
Liyana zahim
hmm hmm .. betu tu liyana. Masih ada teka-tekinya ..
zati embong
a’ahh zati .. mereka memang hebat merancang .. illuminati ..
llaleasarall
Lea .. diorang ni kononnya Polis Dunia. Tapi suka tengok darah orang-orang Islam ..
Sarah Khan
Memang satu penghinaan pada ummah dan agama Islam ..
Ain Zulaikha
ermm .. ain inilah padahnya bila dunia Islam tak ada penyatuan .. Kuat tapi lembik ..
Khairil
Pemikiran mereka sempit sangat kan khairil ..
safiyyah osman
Tetap yakin .. suatu hari nanti orang Islam akan menang ..
Raden
Raden .. dorang tak tau tapi keluarkan kenyataan macam tau-tau. Kasihankan.
Post a Comment