Tadi terbaca satu kisah berupa luahan hati ..
Saya ingin pandangan dan nasihat untuk menghadapi ujian yang cukup berat ini. Sebenarnya ketika ini saya amat tertekan dengan sikap bapa yang panas baran dan ego. Sejak saya kecil lagi memang saya tahu dia seorang yang tegas dan garang. Namun sejak akhir-akhir ini, perangainya bertambah teruk. Pantang ada kesilapan walaupun kecil pasti maki-hamun keluar dari mulutnya.
Orang yang sering menjadi mangsa ialah ibu saya. Kadangkala hanya masalah remeh-temeh seperti gurauan, sembang-sembang mengenai politik bertukar menjadi perang dingin. Walaupun bapa yang bersalah, namun dia akan mengamuk jika ibu tidak meminta maaf. Sudah banyak kali air mata saya mengalir mengenangkan nasib ibu.
Ibu saya puas bersabar namun sesekali dia melawan juga. Tetapi jika dilawan, keadaan menjadi bertambah teruk. Apabila saya dan adik-adik cuba pertahankan ibu atau menegur perangainya, bapa mengamuk. Sampai satu tahap, bapa mahu membunuh adik saya dengan kerusi. Puas saya bersabar dengan perangainya yang mengalahkan orang gila.
Ibu saya puas bersabar namun sesekali dia melawan juga. Tetapi jika dilawan, keadaan menjadi bertambah teruk. Apabila saya dan adik-adik cuba pertahankan ibu atau menegur perangainya, bapa mengamuk. Sampai satu tahap, bapa mahu membunuh adik saya dengan kerusi. Puas saya bersabar dengan perangainya yang mengalahkan orang gila.
Saya sering mendoakan bapa cepat mati. Sering juga saya ucapkan ‘takkan pedulikan dia apabila dia sakit terlantar’. Saya tahu saya menjadi anak derhaka dan berdosa besar. Neraka adalah tempat untuk anak derhaka seperti saya. Tapi kadangkala perasaan menguasai akal.
Pernah satu malam sewaktu saya melintasi tempat tidurnya, terngiang-ngiang di telinga bisikan menyuruh saya menekup mukanya dengan bantal hingga lemas. Pernah juga saya nekad mahu mencurah air panas di mukanya. Namun saya beristigfar. Apabila kewarasan datang semula, saya terfikir alangkah bodohnya saya jika membunuhnya.
Bacanya buatkan aku terfikir. Terfikir akan adanya lagi kisah seperti ini ..
Bila berdepan dengan kisah-kisah seperti ini buatkan aku termenung sekejap. Rasa sedih akan kehilangan ... Bersyukurlah pada mereka yang masih ada ayah. Kadang tu dipukulnya diri. Dipukulnya itu tanda sayang. Ia bisa dan hanya difahami bila tiba waktunya .. oleh itu usah biarkan perasaan marah dan sakit itu terus kekal dalam hati. Ia bisa dan boleh buatkan seseorang itu hilang rasa dan nilai kemanusiaannya.
8 comments:
jika dilihat sebelah pihak saja memang sangat tidak adil.
dekatkan la diri diri dengan allah insya allah.walau sebesar mana ujian pasti dapat ditempuh
ayah,bimbinglah keluarga itu dgn penuh tanggungjawab.biar anak x kan sesekali akan rasa mcm 2.
jat tgk ayh jat demam pn,rasa cm biarlah transfer kat jat je.ayh jat dulu dr keluarga susah,bl dah ada kitorg,dia xnk kitorg rsa susah cm dia rasa dulu.. O.o
Ada orang kata, walau buruk sekalipun, jahat sekali pun....dia tetap ayah kita. Seorang saja kat atas dunia ni, tiada pengganti...
Kuatkan hati, sabar, maafkan..dan apa yang penting...sentiasa berdoa untuk ayah. Bangun tahajud di dinihari, mengadu kat Allah, luahkan segalanya kat Dia... InsyaAllah..kalau Allah tak kasi ayah berubah pun, Allah akan kasi kita kekuatan untuk menghadapi dugaan ni. Besar pahalanya buat mereka2 yang bersabar.. jangan ikut hati..ikut hati..mati..
Kadang2 sedih baca kisah sebegini kan cikgu rashid?
penulis datang melawat, follow and komen blog kamu
;D
zety
Jelas terlihat hidup ini sebenarnya penuh warna warninya .. ada indah ada kelam ..
zati embong
Besar sebenarnya tanggungjawab seorang ayah ..
zati ..zati seorang anak yang baik ..
Afida Anuar
Betul tu afida. Ayah macam emak juga. Ia hanya satu-satunya. Baik buruknya ia hanya satu ..
Mungkin ayah bersifat demikian kerana dalam dirinya tak tenang. Terbeban dengan tanggungjawab yang besar ..
Memang sedih fida .. rupanya di sini kita tawa di sana ada yang sedang berduka
Asrul
terima kasih asrul ..
Post a Comment