Berita terkini TV ..
Jurukamera Bernama TV, Noramfaizul Mohd Nor, 41 ditembak mati semasa membuat liputan misi kemanusiaan di Mogadishu, Somalia manakala seorang jurukamera TV3, Aji Saregar Mazelan cedera di lengan kanan. Noramfaizul Mohd Nor telah ditembak di Mogadishu semasa sedang mengiringi bantuan misi kemanusiaan di bawah agensi Kelab Putera 1Malaysia.
Ketua Misi Kemanusiaan, Datuk Hj. Abdul Azeez Abdul Rahim sedang mengurus untuk membawa pulang jenazah. A. Kohilay Pillay, Kementerian Luar sedang mengumpul maklumat kejadian serangan.
Aku cuba cari gambar jurukamera Bernama TV di internet .. jumpa di blog Azeez Rahim, Segugus kata setitis tinta.
NORAMFAIZUL BIN MOHD NOR - Berpengalaman luas dalam misi bantuan kemanusiaan bersama Kelab Putera 1Malaysia. dikenali dengan nama ZUL. Beliau seorang yang berpandangan tajam dan tidak mudah berpuas hati dengan hasil kerjanya
Al fatihah … moga rohnya bersama golongan orang-orang yang beriman ..
12 comments:
Moga keluarga arwah tabah menghadapi ujian di bulan syawal ni...
PS: Cikgu,duit raya mana? he he
Al Fatihah utk arwah.baru tgk siaran langsung sembahyang jenazah td.
Salam aidilfitri. Maaf zahir batin..
Al-Fatihah.
Cikgu, selamat Hari Raya!!
:)
Afida Anuar
Moga-moganya fida ..
Duit raya .. nah nah seratus je k .. hehe
zati embong
Terharu tengok tangisan si ibu ..
wawa nadwa
selamat raya utk wawa jua .. mesti 5 pasang baju raya tu ...
Dia pilihan Allah....
Allahyarham sudah selamat disamping Penciptanya, nasib kita entah macam mana....Wallahua'lam...
Alfatehah...
http://cintaitumisteri.blogspot.com/2011/09/allahyarham-noramfaizul-b-mohd-nor.html
al fatihah...untuk arwah...
semoga rohnya di cucuri rahmat..kematian itu sesuatu yang pasti..tidak akn cepat atau lewat walau sesaat...dan tidak kira dimana berada..
semoga keluarga..terutama ibu arwah..tabah..tgok kt tv..mcm sedih sangat ibu arwah.mungkin arwah memg anak yang baik..sehingga pemergiannya di tangisi begitu rupa...
sy pernah kehilangan..abah saya 3 thun lepas..sy dpt fhm mcm mana rasanya kehilangan org yg tersayang secara tiba2..memang menyakitkan..hanya redha pengubat luka di hati
al-Fatihah utk arwah..
smpai sy pun sebak..isssk.
selamat hari raya cikgu!
raya kat kelantan je ke?
cinta misteri
yup! dia lebih disayanginya ..
Kita semua pun pasti menyusurinya ..
cik jue tomey
iya .. saya pun agak sedih bila lihat emaknya nangis .. tersentuh amat bila emaknya kata..
“makcik redha.. dapat tengok wajah makcik. Wajahnya sungguh cantik sekali .. “
Mardhia yusof
Betul tu mar. Tersentuh hati.
Iya mar. saya raya kat kelantan je. Mar tq..
Post a Comment