tika saat indah bersama .. (sekadar hiasan)
Tadi baca satu tajuk berita. Berita 26 Feb 2013, ‘Saya dah tak sayang’.
Aku merenungi gambar pelakon wanita itu. Merenungi wajah.
Terserlah kematangan dirinya.
Lantas hati berbicara …
Senangnya untuk mengungkapkan kata ‘saya dah tak sayang’
apabila rasa ‘si dia’ dah tak diperlukan lagi. Kadang tu dikatanya ‘dah tak
sefahaman, apa nak buat, lebih baik putus saja.’ Bak kata orang, bila hati dah
tak suka, bila hati dah tak sayang maka apa saja tindakan dan keputusan yang
dibuat pasti ke arah ‘tak nak bersama dengan dia lagi’. Dia yang sebelum ini
ditatang penuh kasih sayang, penuh kemanjaan, diberi apa saja apa maunya, kini
dilihat seolah-olah membebankan diri dan minda. Dilihat seolah-olah tak ada
lagi guna dan pentingnya. Seolah-olah tak
ada lagi kebaikan si dia untuk diri. Oleh kerana dah tak ada gunanya lagi maka
lebih baik putus saja.
Saat indah ketika bersama. Saat berkongsi rasa dan kisah.
Saat susah dan senang yang dilalui bersama. Semua itu pergi dan hilang begitu
saja. Itulah cinta manusia. Indahnya cinta bila hati masih sayang. Indahnya cinta bila hati masih suka.
Sesungguhnya cinta manusia itu ada pasang surutnya. Ada saat
teruja. Ada saat duka. Oleh itu, bersyukurlah dengan cinta dan rasa sayang yang
masih ada. Bersyukurlah dengan perasaan yang masih diberiNya itu. Ini kerana
kita tak tau, saat dan tikanya, kemungkinan perasaan cinta dan suka itu akan
diambilNya dari kita.
6 comments:
sy pun baca tadi..kisah Rita Rudaini kan..perempuan sll jadi mangsa keadaan yea..tp, semua itu ada hikmah tersembunyi yg kita tak tahu...
serius saya terkedu baca paper itu waktu sarapan nasi kerabu pagi tadi.mudahknya dia berkata2.hancur hati kalau itu adalah saya ;(
smoga yg terbaik untuknya dan anak2
maaf saya lebih menyebelahi wanita wpun sy tak tahu sapa benar sapa salah.tp wanita itu isteri pd anak2nya
bertahun kes mereka ni..jalan penyelesaian adalah pisah jua
Rozita
iya tentangnya. entahle .. simpati juga saya tengok dia. Mungkin ada hikmah di sebaliknya.
Irfa
Betul tu irfa. Susah kita nak menghakimi yang mana benar dan yang mana salah. Cuma rasa sedih jugakan .. tengok nasib yang menimpa diri. Kan wanita itu lemah, perlukan tempat berpaut. Pautan itu amat penting sebenarnya ..
Ema Blog
hmm hmm .. itulah kan. saat bahagia penuh kenangan .. saat sedih juga ..
Post a Comment