gambar yang aku sendiri snap .. sempat peace V lagi tuu ..
Waktu tengahari - sebaik melangkah masuk kelas, baca
bismillah, kemudian senyum kat semua pelajar.
Kali ini mengajar tajuk ‘Malayan Union’. Dalam usaha menguji
ingatan lampau pelajar, aku kemukakan soalan.
“Siapa tau, apakah sebenarnya tujuan UMNO ditubuhkan?’
“BR1M” seorang pelajar lelaki dengan spontan bersuara.
Nadanya agak perlahan. Seakan-akan berbisik.
“ishhh .. “
“Okey Ayu .. Farah .. ni Lukman .. apa tujuan utama UMNO
ditubuhkan?”
“Cikgu .. tujuan dia .. Kedai rakyat 1 Malaysia, Klinik 1
Malaysia …” sahut seorang pelajar lelaki lain lagi. Semua pelajar ketawa. Aku
sekadar senyum.
“Dah dah .. habis! serius!! cepat apa tujuan utama penubuhan
UMNO. Dulukan dah belajar ..” Aku tekankan sikit nada suara. (sebenarnya aku
nak tergelak juga. Iyalah kan diorang ni sajaaa je. Diorang ni dari kelas 5
Anggerik. Kelas depan. Ramai pelajar dalam kelas ini menjadi pelajar target
sekolah)
“Cikgu. Saya cikgu .. Tujuan utama UMNO ditubuhkan adalah
untuk menentang Malayan Union.” sahut seorang pelajar perempuan.
“Okey bagus Suraya. Itu jawapan yang paling tepat sekali ...”
bla bla bla ..
p/s – Menjadi cikgu ni kena banyak
bersabar, kena sentiasa tenang. Kena ceria. Kena pandai dekati pelajar. Biar
diorang ni gembira semasa belajar .. gelak-gelak .. tapi ada ketikanya perlu
juga ‘tegas’ supaya dapat kawal kelas. Maklumlah pelajar sekarang ni agak lain.
Mereka berani dan agak terbuka. Oleh itu sebagai cikgu .. kena
pandai tackle hati mereka.
8 comments:
hehe..member sy sorg cikgu pun, bila dia masuk bab ni, laju je student dia jawab, BRIM,KRIM sume.. hehe
cikgu sejarah saya dulu...ketua cabang PAS kampung apa tah kat Kuantan...mmg anti umno gile...sejak sekolah dah diserapkan dgn kisah2 dalaman umno....
As salam cikgu..
rase nak tergelak eiza baca ape yg anak murid cikgu tu jwp..
samalah mcm misi ngan pesakit..kene byk senyum dalam menjalankan tugas..tp dlm masa yg sama kene tegas..supaya pesakit cpt sembuh :)
4feet8
haha!! BRIM punya penangan ..
Nafisa
ishh ishh .. sampai gitu sekali ya. Sepatutnya seorang cikgu kena professional. Jangan campuradukkan politik masa ngajar ..
Nafisa, sy bila pelajar soal, sentuh berkenaan politik, selalu sy bagi nasihat ..
“sebagai pelajar sejarah, kita perlu banyak membaca, merujuk pelbagai sumber & buat perbandingan .. tengok fakta!! jgn terlalu bias bila mengadili .. sokongan terpulang pada diri ..”
eiza in the house
wassalam ..
Pelajar .. begitulah mereka ni eiza. Macam-macam fiil ..
Waktu sejarah paling sedap hibernate. Hehe
dee
haha!! dushhhhhhhhhhh ..
Post a Comment