Wow!! sebulan tak update .. adoii ..
Apapun kepada teman-teman pembaca semua, moga sentiasa
sihat, hati gembira dan ceria bahagia sentiasa. Jika ada sedikit kerumitan dan
masalah yang melanda tu, anggaplah ia sebagai satu ujian dariNya. Ujian yang
menandakan diri kita disayangiNya … kita diuji kerana disayangiNya. InsyaAllah
setiap ujian pasti ada jalan penyelesaiannya okey.
Maaflah teman-teman yang hadir kat blog ni. Lama tak update.
Sebulan dua ni tuan punya diri tengah sibuk bersama dengan pelajar-pelajar.
Maklumlah SPM dah tak lama lagi. Enam November ni dah mula Peperiksaan SPM.
Aku .. macam biasalah. Makin hampir dengan Peperiksaan SPM
semakin bertimbun le tugas. Dengan tugasan dalaman sekolah. Dengan bagi ceramah
sana-sini. Buat bengkel sana-sini. Apapun kesibukan itu sebenarnya berikan satu
kepuasan dalam diri. Letih tapi rasa puas … terasa diri ‘hidup’ .. ada je perlu
fikir dan nak dibuat dengan pelajar-pelajar ni.
apa yang penting dalam melakukan sesuatu ialah kepuasan diri ..
Oh ya tahun ni subjek Sejarah adalah subjek wajib lulus
selain Bahasa Melayu. Kalau pelajar gagal Sejarah maka diorang tak layak dapat
sijil SPM. Dengan kata lain, bolehle dianggap gagal SPM. Oleh itu aku sebagai
cikgu kena le buat sesuatu yang lebih sikit terutama dengan pelajar-pelajar
yang ‘agak lemah’ dan yang ‘agak malas’ sikit tu. Iyalah kan .. ada sebahagian
tu dah le agak lemah sikit tapi masalahnya acap kali juga tak hadir sekolah.
Apapun harapan mak ayah diorang terlalu tinggi … sebagai
cikgu, aku kena le berusaha sedaya upaya dan setakat termampu untuk bantu
pelajar-pelajar ni. Berusaha sehingga ke tarikh sebenar peperiksaan ..
InsyaAllah …
4 comments:
salam cikgu :)
Ladybird
wassalam .. ermm rindu kat teman-teman.. :)
Cikgu pun demam periksa jugak ke? Hehe
rumah kuning
hehe .. lebih demam daripada pelajar. Pelajar yang nak ambik periksa tapi cikgunya yang 'demam periksa' ..
Post a Comment