“Bukan
semua gurauan sesuai dan penerimaan individu terhadap gurauan juga berbeza”
kata seorang wanita, Aziah, 42 tahun mengenai kejadian tembakan yang dilepaskan
suaminya di sebuah pasar raya kelmarin.
“Saya tak sangka gurauan untuk bercerai menyebabkan
suami bertindak di luar dugaan. Saya sebenarnya hanya bergurau dan tidak
terfikir dia akan bertindak begitu melepaskan tembakan! Apa yang dilakukannya
itu di luar kewarasan disebabkan terlalu marah dan bukan untuk mencederakan
sesiapa kerana dia suami yang baik.”
Menurutnya,
sebelum kejadian, suaminya ada menghantar sms kepadanya bertanyakan keadaannya
yang membuka pusat kecantikan. Sebaliknya Aziah membalas sms suaminya dengan
menyatakan mahu meminta cerai dengan niat bergurau semata-mata dan tidak
bermaksud meminta cerai.
Sebaliknya,
suaminya begitu terkejut dan marah kerana menyangka dia mahu bercerai. Suaminya
yang ketika itu berada di Perak terus memandu pulang untuk bertemu dengannya.
Suami terus mencarinya tetapi ketika itu dia keluar makan di restoran
berhampiran.
“Ketiadaan
saya ketika itu, menyebabkan suami menyangka saya keluar bersama orang lain.
Entah bagaimana suami tiba-tiba marah .. lantas melepaskan tembakan. Nasib baik
tembakan itu di luar
kedai dan tidak mengena
sesiapa …”
Nah!!
Cuba lihat dan cuba gambarkan situasi tersebut di atas ..
Pertama,
aku tak tau, macamana seorang isteri boleh terfikir dan bertindak bergurau
sedemikian rupa!
Kedua,
aku melihat, betapa sayangnya si suami terhadap isterinya sampaikan bertindak
di luar kewarasan akalnya. Nak cari di mana lagi suami seperti itu sekarang
ini? Terkejut bukan main lagi apabila terima sms isteri minta cerai!! Rasanya
mana-mana suami yang normal pasti akan bertindak sebegitu, cuma tak lah sampai
nak lepaskan tembakan! (mungkin kerana tak semua orang ada pistol).
Pengajarannya,
janganlah ambil mudah dengan gurauan. Gurauan ada batas dan hadnya. Perlu
tengok situasi dan orangnya juga. Ini kerana manusia tak semuanya boleh
menerima dan berfikiran terbuka terhadap sesuatu perkara. Gurauan kalau tak
kena gayanya mungkin boleh menyebabkan kerenggangan hubungan, mungkin juga
boleh membawa kepada terputusnya hubungan dan ikatan perkahwinan …
Kepada
yang bergelar isteri tuu … renung-renungilah kes ini ..
p/s - Jam
4.00 petang tadi, duk tengah mesyuarat. Masa agenda ‘hal-hal lain’, dengan nada
gurauan, seorang cikgu lelaki mencelah .. “kepada cikgu-cikgu perempuan,
sekarang ni payah nak cari orang lelaki, nak cari suami yang setia, So .. jagalah baik-baik suami kat umah
tuuuuu ..” (gelak semua cikgu lelaki. Cikgu pompuan senyum-senyum je)
6 comments:
kes yang mana ni? kalau ye pun nak bergurau, jgn la tentang perkara yg sensitip mcm tu.
kurangnya ilmu dalam bab agama bila mana cerai dijadikan gurauan..
LydSunshine
Itulah kan .. bahaya gurauan tak kena tempat ..
dgredzuan
hmm hmm ..
haigai lah supaya kita di hargai...
Post a Comment