Kejap tadi buka blog. Lama
juga tak jengah.
Aku perhati blog yang sekian
lama menemani aku. Blog yang menjadi tempat dan ruang untuk aku membicarakan
sesuatu. Ruang untuk aku meluahkan sesuatu yang terbuku di hati, bermain di
fikiran. Di blog ‘kerdipan bintang’ inilah aku berusaha untuk berkongsi sesuatu
dengan rakan-rakan di alam maya. Rakan-rakan yang pernah membuatkan hidup ini
ceria. Rakan-rakan yang dapat
menenangkan hati dan fikiran yang kadang-kadang berbaur dengan pelbagai
rencah karinya.
Aku perhatikan sekali lagi
blog ini. Oh ya, aku tabik kat beberapa orang blogger yang pernah bersama di
alam maya. Masih kekal aktif . Tahniah!!! Aku pula kebelakangan ini agak slow
sikit. Suka baca je. Idea itu ada tapi malas pula. Entah apa jenis penyakit datang
menguasai diri. Yang jelas penyakit malas menaip ..
Tambahan lagi, sejak
beberapa bulan ini duk sibuk dengan kerja sekolah. Sibuk hadir kursus dan
bengkel sana sini. Sibuk beri ceramah berkenaan program dan bengkel akademik. Dalam
masa yang sama sibuk juga ‘mengumpul dan mengurus aset’. Sibuk mengurus
homestay. Sibuk mengurus tanah, beli
tanah dan nak jual tanah. Sibuk dengan beli rumah dan nak buat rumah. Hehe.
Orang kata hidup ini kita
perlu bijak merancang. Yup!! Kita harus bijak merancang perjalanan. Perjalanan
kita masih jauh. Itupun jika diizin olehNya.
Kita perlu melihat
bintang-bintang di langit. Ia terlalu cantik dan indah. Itupun jika kita
menghayati ciptaanNya. Betapa kita di dunia ini terlalu kerdil. Terlalu kecil.
Tapi jangan kerana perasaan kekerdilan itu membuatkan kita rasa tak bermaya,
terasa lemah dan membiarkan diri kita hanyut begitu saja. Hanyut ketinggalan. Kita
harus berusaha untuk mendapatkan sesuatu. Harus mampu menyumbangkan sesuatu
kepada hidup ini. Di situlah ada kunci
kebahagiaan dan ketenangan hidup sebenarnya.
sekali sekala terimbau kenangan zaman kanak-kanak .. berlari suka ..
Apapun ketika kita melihat
keindahan bintang-bintang di langit, jangan pula kita lupa untuk tengok rumput di bumi …
Untuk semua rakan kenalan di
alam maya, “Terima kasih dan teruskan berbicara di alam maya …”
p/s – aku tengok popular
posts .. uisss Kisah 18sx pelajar tingkatan 1
masih di tangga teratas. 24 ribu lebih yang baca entri Kisah 18sx pelajar tingkatan 1
. Aku tertanya-tanya juga .. dorang ni suka sangat ke dengan kisah-kisah
begini? Tapi maaf le .. blog ini bukan kisah seks okey. Ia kisah kehidupan
manusia dan juga kemanusiaan .. hehe
3 comments:
bab mcm tu mmg rmi bminat bace..hehe
slmt pagi cikgu :)
Dia punya tajuk fuh...dasyat.
Post a Comment