Followers

20 September 2014

“Sahabatku ..


Petang tadi, aku singgah satu kedai buku. Amati buku yang terhampar di atas rak sebelah kaunter. Dalam melirik pelbagai tajuk dan judul, aku agak tertarik dengan satu ungkapan pada satu cover buku. Ungkapannya tertulis:

Kita selalu minta apa yang kita mahu.
Tuhan memberi apa yang kita perlu.

Wow!! Termenung sekejap aku dibuatnya. Sungguh indah dan mendalam sekali maksud di sebalik ungkapan kata-kata itu. Agak simple tapi sungguh bermakna sekali. Ia membuatkan aku terus berfikir. Hati terus terdetik. 

Bagi aku, ungkapan ini terasa betul kena pada diri. Mungkin juga pada orang lain. Yup! semua orang selalu meminta. Meminta kerana mengimpikan sesuatu. Bagi yang sedang melalui jalan yang buntu, pasti meminta agar diberikan pencerahan dan dipermudahkan jalan olehNya. Diberikan ketenangan hati bagi yang sedang keresahan. Bagi yang sedang sakit, pasti akan meminta agar diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik. Bagi seorang tokoh korporat, pasti meminta agar sentiasa mendapat keuntungan dan berjaya mendapat tender juta-juta. Bagi makcik kedai di tepi jalan, pasti juga meminta agar jualannya laku pada hari itu. Dan bagi seorang yang bergelar pelajar, pasti meminta agar dapat menjawab semua soalan peperiksaan dan mendapat markah tertinggi, gred ‘A’.

Begitu juga, bagi yang masih single dan mampu tentunya ada kemahuannya. Seorang lelaki sampai satu masa, tentu mahukan seorang perempuan yang dapat dijadikan isteri dan suri hatinya. Begitu juga seorang perempuan, pastinya impikan seorang suami yang dapat bersamanya, melindunginya dan setia bersama hingga ke akhir hayat. Ke mana saja pasti ingin bersama, berkongsi kisah, ceria dan juga kesedihan. Mimpikan kebahagiaan dan keindahan alam berumahtangga dan berkeluarga. Gurauan dan usik-usikan, manja-manjaan antara suami-isteri dan juga bersama gelihati melihat gaya lincah anak-anak bermain. 

Yup! Semua orang ada mahunya dan akan meminta padaNya. Meminta agar keinginan dan impiannya tercapai dan dipenuhi. Tapi bila difikir-fikir, tak semuanya apa yang mahunya itu tercapai. Mengapa ya? Adakah kerana gagalnya seseorang itu untuk bertindak? Lemahnya daya usaha dan kudrat untuk mencapai sesuatu? Atau adakah kerana faktor sudah dinasibkan untuk mendapat sekadar apa dan sebegitu rupa? Atau kerana faktor diri yang alpa, tidak peduli dan terlalu mudah percaya, berserah segalanya yang akhirnya  mengundang pelbagai masalah dan krisis? Atau kerana keyakinan dan cinta 200% yang diberi tanpa adanya sekelumit rasa curiga menyebabkan diri terpedaya, tertipu dan akhirnya dikecewakan oleh yang tersayang?

Hati aku terus berbicara lagi … 

Kita selalu minta apa yang kita mahu.
Tuhan memberi apa yang kita perlu.

Itulah sebenarnya yang berlaku. Tapi jarang untuk kita renunginya dengan mata hati. Ini menyebabkan kita sering terlepas pandang. Sesungguhnya Allah s.w.t itu sangat mengasihi hambaNya. KetentuanNya itu ada bersebabnya. Usah kita persoalkan dan berduka hati. Sedih dan kecewa andainya apa yang kita mahu itu tidak tercapai. Apa yang kita impikan. Apa segala kebahagiaan yang kita kecapi akhirnya berakhir dengan situasi yang menyedihkan. Hati yang suka dan ceria berakhir dengan rasa marah dan kecewa. Usikan dan gurauan dari yang tersayang juga sudah tiada lagi. 



sahabatku .. bangkitlah ..

Kita seharusnya sedar, ‘Tuhan memberi apa yang kita perlu’. Moga dengan kesedaran ini, diri kita tidak mudah rasa kecewa, sedih dan rasa marah, sentiasa berlinang air mata dan merasakan seakan-akan dunia ini sudah berakhir. Renungilah diri dan lihatlah hikmahNya. Sesungguhnya Allah s.w.t itu maha Pengasih dan Penyayang. Allah s.w.t sangat sayang akan hambaNya yang redha dan sabar akan apa yang telah berlaku. Terima akan ketentuanNya. Apa yang pasti, sentiasalah terima segala ujian dariNya, dan anggaplah segala apa yang berlaku, segala ujian dariNya adalah kerana diri kita disayangiNya. Sesungguhnya beban yang diberiNya tidaklah akan menyebabkan kita tak terdaya untuk kita atasinya.

Kita kadangkala tak menduga, apa yang berlaku sebenarnya adalah kehendakNya. Itulah jalan terbaik sebenarnya.  Itulah jalan untuk diri tidak terus kecewa, memendam rasa dan sakit. Itulah jalan untuk diri tidak terus tertipu dan diperlakukan seolah-olah tidak adanya rasa kasih dan kasihan. Itulah jalan untuk diri berubah dan mendapat apa yang hak dan yang terbaik dalam hidup ini. Kan hari esok masih ada. Hari esok sentiasa menanti dengan senyuman. Hari esok merindui akan kamu …




Moga kita semua sentiasa diberikan kekuatan untuk terus melangkah, hati yang ceria dengan redhaNya.


4 comments:

Rumah Kuning said...

Jangan sombong dengan tidak meminta/ berdoa kepadaNya.

Mardhia Yusof said...


Assalamualaikum wbt.


kita memang tak akan dapat apa yang kita nak, kita suka.
sebab Dia lebih tahu apa yang baik untuk kita.

Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik.
dan Dia tak akan bebankan ujian lebih kemampuan hambaNya.
surah alBaqarah ayat 286.

luaran mungkin family ingat saya kuat, tapi jujur. dalaman saya lemah. makan masa nak pulih.bukan senang nak hadapi keadaan macam ni.
orang cakap senang, tapi bahu yang memikul lagi merasa.

masa hari raya lepas, Allah SWT hantar 'bakal ahli syurga' bagi semangat kat saya. ujian dia lagi kuat. lagi hebat. tapi dia sangat kuat. nasihat beliau, "ingat Dia. ada org lain yg lagi hebat ujian.anak istimewa kedudukan dia di syurga paling tinggi. bila kita kat titian siratulmustaqim nak terjatuh dalam neraka, anak tu akan tarik tangan ibu/orang yg jaga, bantu masuk ke syurga sekali, in shaa Allah."

Allahuakbar.
sebab tu la yang semua berebut sekarang ni nak jaga anak. ;)

LadyBird said...

Salam cikgu..

mardhia yusof said...

Assalamualaikum cikgu..

mcm mna tempat cikgu?last year masa banjir naik air ke?moga cikgu dan keluarga selamat..


Mardhia Yusof



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search