Aku sedang ikuti kisah negara. Kisah terkini lagi semasa .. kisah BERSIH 2.0 ..
Beberapa laman web menjadi pilihan untuk aku ikuti kisah ini. Buka satu laman web. Baca kemudian refresh .. refresh lagi. Buka satu laman web lain .. refresh lagi .. buka laman web lain lagi. Refresh lagi .. begitulah untuk aku ikuti kisah BERSIH 2.0 ini.
Polis dan FRU mula bertindak!! Tembakan meriam air dan gas pemedih mata.
Susah tentunya aku sedang perhatikan siapakah pemimpin yang ditangkap.
12.40 tengahari: Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub dilaporkan ditahan di KL Sentral. Kedua mereka dibawa ke Balai Polis Jinjang.
12.50 tengahari: Polis menahan pergerakan Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah di KL Sentral. Turut bersamanya,ahli MPP, Latheefah Koya.
1.05 tengahari: Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali ditahan dan dibawa ke Pulapol, Jalan Semarak.
1.05 tengahari: Menurut catatan twitter Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat, Khalid Jaafar, beliau ditangkap dan berada dalam trak polis bersama 17 yang lain.
2.38 petang: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar dilaporkan cedera di KL Sentral. Manakala pengawal peribadi beliau dikasari dan turut dipukul. Anwar kini dikatakan kembali semula ke Hotel Hilton.
2.50 petang: Naib Presiden KEADILAN, N Surendran menyatakan Datuk Seri Anwar cedera dan berdarah di kepala, lutut.
2.55 petang: Pengerusi Bersih 2.0, S. Ambiga dan anak DS Anwar, Nurul Izzah dan Nurul Hana ditangkap polis.
2.57 petang: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua ditangkap dan kini berada dalam trak polis.
2.57 petang: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin ditangkap ketika sedang membersihkan matanya ketika gas pemedih mata dilepaskan, di sebuah pondok yang terletak kira-kira 100 meter dari benteng FRU.
3.05 petang: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut ditangkap polis di Pasar Seni.
3.36 petang: Ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah dan Ngeh Koo Ham, turut ditangkap polis.
3.40 petang: Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengawal peribadinya yang cedera dihantar ke Pantai Medical Centre.
4.00 petang: Istana Negara - Delegasi BERSIH 2.0 seramai kira-kira 20 orang yang diketuai oleh A Samad Said dihalang oleh polis kira-kira 200 meter dari pintu pagar istana.
Rundingan dengan pihak polis gagal dan kumpulan itu bersetuju untuk bersurai. Bagaimanapun, Samad berkata beliau perlu berehat dan kumpulan itu meninggalkan beliau di situ.
Rundingan dengan pihak polis gagal dan kumpulan itu bersetuju untuk bersurai. Bagaimanapun, Samad berkata beliau perlu berehat dan kumpulan itu meninggalkan beliau di situ.
4.01pm: Facebook PDRM - Antara pemimpin teratas yang ditahan ialah:
Mahfuz Omar - KL Sentral
Salahuddin Ayub - KL Sentral
Mohamad Sabu - Jalan Mahameru
Fauziah Salleh - KL Sentral
Tian Chua - KL Sentral
S Ambiga - KL Sentral
Datuk Seri Abdul Hadi Awang - KL Sentral
Azeez Rahim - Jalan Bukit Bintang
Mahfuz Omar - KL Sentral
Salahuddin Ayub - KL Sentral
Mohamad Sabu - Jalan Mahameru
Fauziah Salleh - KL Sentral
Tian Chua - KL Sentral
S Ambiga - KL Sentral
Datuk Seri Abdul Hadi Awang - KL Sentral
Azeez Rahim - Jalan Bukit Bintang
4.10 petang: Pas memberi tempoh 24 jam supaya polis membebaskan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau himpunan kedua dilakukan. Jawatankuasa PAS Pusat Dr Syed Azman Syed Ahmad, berkata, jika Hadi tidak dibebas, sejuta ahli Pas akan berhimpun di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Apakah kesudahan kisah BERSIH 2.0 ini? Apakah juga kesudahan pemimpin-peminpin utama yang ditangkap polis ini? Berjayakah rombongan BERSIH 2.0 ini untuk berarak menuju ke Stadium Merdeka seterusnya menyerahkan memorandum kepada YDPA? Adakah sekatan polis akhirnya berjaya dilepasi oleh mereka? Bersediakan pihak polis untuk membiarkan rombongan ini membolosi segala sekatan yang diadakan?
Apa yang pasti saluran tv dunia dan wartawan mereka sedang memerhati kisah BERSIH 2.0 ini.
Apa yang aku pasti juga, pihak Angkatan Tentera Malaysia turut sedang memerhati kisah BERSIH 2.0 ini.
Moga segalanya berakhir dengan baik …








