Followers

Showing posts with label bahasa badan. Show all posts
Showing posts with label bahasa badan. Show all posts

09 July 2011

BERSIH 2.0, Anwar Ibrahim cedera & A. Samad Said keletihan

Aku sedang ikuti kisah negara. Kisah terkini lagi semasa .. kisah BERSIH 2.0 ..

Beberapa laman web menjadi pilihan untuk aku ikuti kisah ini. Buka satu laman web. Baca kemudian refresh .. refresh lagi. Buka satu laman web lain .. refresh lagi ..  buka laman web lain lagi. Refresh lagi ..  begitulah untuk aku ikuti kisah BERSIH 2.0 ini.

Polis dan FRU mula bertindak!! Tembakan meriam air dan gas pemedih mata.

Susah tentunya aku sedang perhatikan siapakah pemimpin yang ditangkap. 

12.40 tengahari: Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub dilaporkan ditahan di KL Sentral. Kedua mereka dibawa ke Balai Polis Jinjang.

12.50 tengahari:  Polis menahan pergerakan Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah di KL Sentral. Turut bersamanya,ahli MPP, Latheefah Koya.

1.05 tengahari: Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali ditahan dan dibawa ke Pulapol, Jalan Semarak.

1.05 tengahari: Menurut catatan twitter Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat, Khalid Jaafar, beliau ditangkap dan berada dalam trak polis bersama 17 yang lain.

2.38 petang: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar dilaporkan cedera di KL Sentral. Manakala pengawal peribadi beliau dikasari dan turut dipukul. Anwar kini dikatakan kembali semula ke Hotel Hilton.

2.50 petang: Naib Presiden KEADILAN, N Surendran menyatakan Datuk Seri Anwar cedera dan berdarah di kepala, lutut.

2.55 petang: Pengerusi Bersih 2.0, S. Ambiga dan anak DS Anwar, Nurul Izzah dan Nurul Hana ditangkap polis.

2.57 petang: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua ditangkap dan kini berada dalam trak polis.


2.57 petang: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin ditangkap ketika sedang membersihkan matanya ketika gas pemedih mata dilepaskan, di sebuah pondok yang terletak kira-kira 100 meter dari benteng FRU.

3.05 petang: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut ditangkap polis di Pasar Seni.

3.36 petang: Ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah dan Ngeh Koo Ham, turut ditangkap polis.

3.40 petang: Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengawal peribadinya yang cedera dihantar ke Pantai Medical Centre.

4.00 petang: Istana Negara - Delegasi BERSIH 2.0 seramai kira-kira 20 orang yang diketuai oleh A Samad Said dihalang oleh polis kira-kira 200 meter dari pintu pagar istana.

Rundingan dengan pihak polis gagal dan kumpulan itu bersetuju untuk bersurai. Bagaimanapun, Samad berkata beliau perlu berehat dan kumpulan itu meninggalkan beliau di situ.


4.01pm: Facebook PDRM - Antara pemimpin teratas yang ditahan ialah:
Mahfuz Omar - KL Sentral
Salahuddin Ayub - KL Sentral
Mohamad Sabu - Jalan Mahameru
Fauziah Salleh - KL Sentral
Tian Chua - KL Sentral
S Ambiga - KL Sentral
Datuk Seri Abdul Hadi Awang - KL Sentral
Azeez Rahim - Jalan Bukit Bintang

4.10 petang: Pas memberi tempoh 24 jam supaya polis membebaskan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau himpunan kedua dilakukan. Jawatankuasa PAS Pusat Dr Syed Azman Syed Ahmad, berkata, jika Hadi tidak dibebas, sejuta ahli Pas akan berhimpun di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Apakah kesudahan kisah BERSIH 2.0 ini? Apakah juga kesudahan pemimpin-peminpin utama yang ditangkap polis ini? Berjayakah rombongan BERSIH 2.0 ini untuk berarak menuju ke Stadium Merdeka seterusnya menyerahkan memorandum kepada YDPA? Adakah sekatan polis akhirnya berjaya dilepasi oleh mereka? Bersediakan pihak polis untuk membiarkan rombongan ini membolosi segala sekatan yang diadakan?

Apa yang pasti saluran tv dunia dan wartawan mereka sedang memerhati kisah BERSIH 2.0 ini.

Apa yang aku pasti juga, pihak Angkatan Tentera Malaysia turut sedang memerhati kisah BERSIH 2.0 ini.

Moga segalanya berakhir dengan baik …

27 June 2011

BERSIH, Polis dan Pakcik Tukang Sapu Sampah

Sana-sini orang sibuk bercerita tentang BERSIH .. 

Mereka yang ambil tau kisah negara tak akan lepas pandang dengan isu ini. Isu di mana Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dijangka akan mengadakan Perhimpunan Bersih di ibu kota pada 9 Julai nanti.



Aku sekadar amati dan baca kisah Bersih ..

Ramai yang tak sokong tapi ramai juga yang sokong. Ada pro ada kontra. Sebenarnya aku tak kisah sangat dengan mereka yang sokong dan tak sokong. Itu hak masing-masing. Tak salah segi Perlembagaan. Ia jelas.

Cuma aku lihat makin hampir dengan harijadi 9 Julai, makin banyak pula kisahnya.  Macam-macam kisah muncul. Terkini keluar kisah Polis berjaya rampas beberapa helai baju-T berwarna merah yang dikatakan mempunyai cetakan gambar pemimpin fahaman komunis iaitu Abdullah C.D., Rashid Maidin, Chin Peng dan Suriani Abdullah.  Kata polis, terdapat  usaha cuba mewujudkan semula fahaman komunis menerusi Perhimpunan Bersih yang dirancang diadakan nanti.

Terkeluar juga kisah Polis merampas 15 naskhah akhbar Sosialis berbahasa Tamil, 10 naskhah akhbar Sosialis berbahasa Melayu, 15 bendera logo Parti Sosialis Malaysia (PSM), 600 helai risalah tertera Perhimpunan Bersih 2.0 dalam bahasa Melayu dan 1,500 helai risalah PSM dalam bahasa Melayu.

Kisah komunis? Ini yang aku benci dengar!! Tiba-tiba je ..

Rumusannya senang je. Perhimpunan Bersih adalah HARAM di sisi polis! Perhimpunan Bersih tak ada permit. Polis tak keluarkan permit. Dan rasanya tak akan keluarkan permit. Sesiapa yang hadir akan ditangkap! Sesiapa yang pakai baju kuning Bersih akan ditangkap! Sesiapa yang ada disekitar juga kemungkinan akan ditangkap! Jangan-jangan pakcik yang sedang membersihkan sampah yang kebetulan ada di sanapun akan ditangkap juga! so pakcik jangan pakai baju warna kuning okey!

Sana-sini mula keluar sms ugutan bunuh!

Pembangkang dah main peranan!
Perkasa nak dan akan main peranan!
Pemuda UMNO juga akan main peranan!
SUHAKAM juga!
Polis akan lebih main peranan nanti!

Aku hanya berdoa moga segalanya tenang! Kalau perhimpunan diadakan biarlah ia bersih dari sebarang kemelut dan provokasi yang boleh mengucar kacirkan negara. Kalau polis main peranan biarlah tenang juga.

Tiba-tiba ternampak cota FRU!! ia takde mata. Ia tak kenal siapa! Bila pegangnya pasti tangan akan rasa gatal-gatal je. 

13 October 2009

Cikgu perlu pandai 'bermain suara' dan mahir 'bahasa badan'

Sekadar hiasan.. (seronoknya jika sekolah begini. Satu pelajar satu komputer)


Sebagai seorang cikgu, suara dan bahasa badan sangat penting untuk ‘memikat hati para pelajar’. Seorang cikgu perlu pandai ‘bermain suara’ dan mahir dalam ‘bahasa badan’. Nada suara yang kuat, terang dan jelas akan dapat menarik perhatian pelajar. Begitu juga dengan 'bahasa badan'. Gerak badan, lirikan mata dan gaya tersendiri mesti ada pada seorang cikgu. Semua ini dapat menarik pelajar agar memberikan tumpuan sepenuhnya semasa cikgu sedang mengajar.


Bagi aku, seorang cikgu perlu pandai mengawal suasana dan menghidupkan suasana. Di samping itu, seorang cikgu juga perlu ada kisah, kaitkan isu semasa dan yang penting ‘cikgu sentiasa nampak bersemangat’.


Begitulah aku. Jarang aku bersuara perlahan. Kuat je suara. Mengajar gaya bercerita dan bercerita tu biasalah. Ada-ada saja cerita. Hadir spontan. Sampaikan ada pelajar minta aku bercerita.. cerita.. cerita lagi. Apa ingat aku tukang cerita ke? haha!!


Hakikatnya aku ini nampak je selalu serius orangnya tapi sebenarnya aku adalah cikgu yang sangat ‘mesra pelajar’. ahaksssssssssss. Aku sukakan suasana kelas yang ‘ceria dan happy’. Aku tak suka suasana kelas seperti ‘atas kuburan’ (kecuali masa exam..). Aku suka bila pelajar belajar dengan perasaan suka. Suka bertanya. Bertanya apa jua soalan.


Kelmarin – dalam kelas 4 Sains…


Sedang aku mengajar, berkata-kata... Aku tengok beberapa orang pelajar perempuan senyum je (lebih 8 orang senyum serentak).


“Naper ada yang senyum-senyum ni?” tanya aku.


“Senyum le cikgu. Suara cikgu hari ni ‘slow’ semacam je. Romantik..” seorang pelajar yang juga seorang pengawas sekolah bersuara perlahan.


“a’ahh cikgu. Naper suara cikgu hari ni ‘slow’ je?” seorang lagi pelajar bersuara. Senyum meleret-leret.


“Uiss, kamu ni. Takkan cikgu nak cakap kuat setiap hari. Anak gajahpun boleh pitam tergolek-golek okey..” Semua pelajar ketawa. Akupun ikut ketawa.


“Betul cikgu.. Biasanya suara cikgu kuat je. Tak pernah ‘slow’ sebegini..” Seorang lagi pelajar bersuara menyokong kawannya.


p/s - Dalam hati aku terdetik... ishh ada-ada je diorang ni. Prihatin betul…

20 June 2009

Siapa yang suka dibohongi?

Siapa yang suka dibohongi? Sudah pasti tiadakan. Pakar hubungan dan pengarang buku, Meeting Your Match: Cracking The Code to Successful Relationship, Dr Jackie Black menjelaskan biasanya seseorang itu berbohong (tak kirale pada siapapun..) kerana berasa tidak selesa untuk berterus terang menyatakan kebenaran kerana bimbang akan akibat pengakuan jujur mereka. Mungkin takut tidak diterima… takut kehilangan...


Menurut Dr Jackie, tidak perlu mesin poligraf untuk mengesan pembohongan. Kerana ada tanda-tanda yang boleh dikesan dengan mudah. Dalam banyak situasi pembohongan, seringkali mulut tidak berkompromi dengan anggota tubuh yang lain.


Dr. Jackie menyenaraikan 5 indikasi yang boleh dikesan menerusi bahasa tubuh badan ketika seseorang itu berbohong.


1. Menutup mulut ketika berbicara.
2. Menggaru atau menyentuh hidung.
3. Menggaru mata.
4. Meraba leher (kajian mendapati perbuatan berbohong akan wujudkan rasa geli di bahagian kulit leher. hehe)
5. Gerakan kepala menggeleng atau mengelak daripada pandangan anda.


Bagi aku, tidak ada gunanya berbohong. Baik jujur je. Diterima atau tidak, itu terpulanglah pada seseorang. Kalau tak nak bagitau yang sebenar, mungkin kerana sesuatu sebab yang ada rasionalnya baik diam je. … kan itu lebih baik. (diam tu tak dikira kategori berbohongkan?.. ishh yake ni?)


Pssttttt!!!! itu cara nak kesan orang itu bercakap benar atau tak .. dengan baca bahasa tubuh badan. Maksudnya bila kita dapat berdepan dengan orang itu. Tapi bagaimana pula ya kalau kita nak tau seseorang itu berbohong dengan kita di alam maya ini? adehh..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search