Bila
kita dah biasa menulis akan suatu kisah, terasa tak tenang sebenarnya jiwa jika
sekadar membiarkan saja kisah yang didengari apatah lagi yang dialaminya
sendiri atau dialami oleh insan di sekitarnya berlalu begitu saja.
Terasa
lama dah tak menulis kat blog ini. Memang terasa nak menulis kembali cuma … yup! bila ada cuma itulah sebenarnya yang
menjadi satu hambatan kepada semua kisah yang ingin dikongsi melalui alam
maya. Kisah yang ingin ditulis hanya sekadar berlegar-legar dalam fikiran
sahaja.
Tadi
petang, masa rehat aku duk sembang dengan seorang cikgu perempuan. Diceritakan
akan satu kisah di mana dia berjumpa dengan seorang bapa bekas salah seorang pelajarnya.
Bapa pelajar tersebut menyapanya. Katanya dia kenal cikgu tu kerana pernah mengajar
anaknya.
“Cikgu, saya
ayah Azman. Cikgu pernah mengajar dia kan.
Masa tingkatan 5” ujar bapa
pelajar tersebut.
“oh ya ..
Azman .. Di mana dia sekarang Pakcik?” Tanya cikgu tersebut.
“Dia sekarang di Batu 2 cikgu” jawab bapa pelajar tersebut, dengan nada agak lain sikit.
“Batu 2. Di mana tu pakcik? Dia kerja apa sekarang?” Tanya cikgu itu lagi. Tanpa ada rasa curiga apapun.
“Dia sekarang di Batu 2 cikgu” jawab bapa pelajar tersebut, dengan nada agak lain sikit.
“Batu 2. Di mana tu pakcik? Dia kerja apa sekarang?” Tanya cikgu itu lagi. Tanpa ada rasa curiga apapun.
“Cikgu,
Azman tu dah mati cikgu” balas pakcik tu
dengan nada agak kurang senang dengan soalan cikgu tersebut.
“Dah
meninggal?” terkejut cikgu itu dengan jawapan Pakcik, bapa bekas pelajarnya
itu.
“Takkan
cikgu tak tau?” balas Pakcik itu.
“ishh pakcik
ni. Kalau saya tau takkan saya tanya pakcik ...” Agak terkilan cikgu tersebut
dengan jawapan bapa bekas pelajarnya itu.
Rupanya
bekas pelajarnya itu sudah meninggal. Terlibat dengan kemalangan. Pelajar itu
pernah belajar di sekolah ini tapi dah berpindah sebaik tamat SPM. Pelajar tersebut berjaya sambung belajar ke
tingkatan 6 di sebuah sekolah, di daerah lain dan terlibat dengan kemalangan semasa berulang
alik ke sekolah tersebut.
Aku
yang mendengar cerita cikgu perempuan tersebut sekadar menggelengkan kepala.
Tak berapa faham dengan sikap dan situasi pakcik tu. Nak ketawapun ada juga.
Itulah
kita. Terlalu cepat berprasangka dan berharap apa yang kita alami turut
difahami oleh orang lain. Di situlah silapnya. Kita ni manusia sebenarnya ada kehidupan tersendiri. Ada kisah
dan masalah kehidupan masing-masing. Jadi, usah terlalu berharap orang lain akan turut
serta dengan ‘kisah hidup’ kita. Apa yang penting, kita mesti bersikap tenang,
usah cepat beremosi tanpa memahami situasi sebenar apabila berhadapan dengan sesuatu perkara. Kita mesti sedar, apa yang kita alami tidak
semestinya orang lain akan tahu, ambil tahu dan ingin tahu. Jadi apabila kita
berhadapan dengan seseorang, berbicaralah dengan baik, berprasangkalah yang baik-baik
moga situasi yang kita alami juga akan
menjadi baik. Kita tidak mahu, kerana kata-kata kita dan tanpa bersebab bisa
buatkan orang lain turut terasa dan terguris hatinya.
1 comment:
Kadang2 kita memang tak tahu cerita kenapa orang fikir kita tahu semuanya.
Post a Comment